The Admin :)
Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!
Tagboard
Leave Your Footprints Here ! Credits
Big Claps © 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.
|
Be grateful.
Sentiasa ingatkan diri sendiri untuk bersyukur dengan hidup
sendiri dan berhenti pandang hidup orang lain. Apa yang Allah beri pada kita
sekarang ni ialah yang terbaik buat kita.
Ada ketika tu rasa macam nak mengalah sebab tak kira berapa susah
kita berusaha, kita tetap tak berjaya macam orang lain.
Tak, kita silap. Kita dah berjaya sebenarnya sebab kita
terus kuat dan tak pernah mengalah. Orang yang berhenti daripada mencuba itulah
sebenarnya orang yang gagal. Gagal meneruskan perjuangan. Tolong la jangan
pernah mengalah (merayu dekat diri sendiri)
Ada 7 minggu lagi sebelum sidang baru bermula. Tak tahu
kenapa setiap kali memikirkan sidang baru je hati aku akan rasa risau dan
berdebar. Sidang baru ni akan membuatkan aku jadi pelajar tahun 3.
Makin besar rasa tanggungjawab yang nak kena pikul dengan
nama tu. Bagi aku, aku ni masih belum ada apa-2 yang patut aku banggakan
sebagai pelajar polimer tahun 3. Pengetahuan aku tentang polimer tu sendiri
rasa macam cetek sangat. Aduhai
Tahun 2 dah berlalu, aku ingatkan aku akan lebih faham dan
ada lebih “isi” dalam otak ni tentang kursus sendiri. Tapi entah kenapa, rasa
sama je macam masa tahun 1 dulu. Malunya nak mengaku diri sendiri sebagai
senior kat adik-2 yang baru masuk nanti. Allahu
15 Julai lalu result provisional dah keluar. Memang hati
berdebar. Tunggu punya tunggu, campusonline problem pulak. Keesokan harinya
baru dapat check. Duduk kat dapur tolong mak masak sambil pegang hp nak try
login ke campusonline, Hahaha.
Dah terbayang dah, kalau ada subjek gagal atau lulus
bersyarat, aku nak cakap kat mak, aku nak kahwin je laa. Berhenti belajar. Baik
belajar masak je, jadi suri rumah. Jaga anak, masak utk suami. HAHAHA
Alhamdulillah bila tengok result, Allah masih nak suruh aku
habiskan degree. Hahahaha
Lega la sikit rasa hati ni walaupun… sedar yang result provi
ni takde apa yang dibanggakan pun. Pointer tu yang penting. Tahun depan nak
apply LI. Hmm
Nak LI kat Johor ke Penang? Hmm ini lagi satu dilema yang
melanda diri ==
…
|