follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Kali kedua dalam hidup

Bukan untuk kali kedua dalam hidup. Kalau untuk kali pertama dulu, aku masih boleh buat alasan yang aku ni mentah lagi. Tak faham istilah suka, cinta, teman istimewa dan yang seangkatan dengannya.

Sekarang usia dah masuk 20 tahun dah pun, alasan lama dah tak boleh pakai.

Rasanya kamu mesti dah tersenyum dan dapat teka kan ke arah mana cerita saya ni?


Kepada awak yang saya anggap kawan :

Saya tak tahu mana silapnya dan saya langsung tak sedar bila bermula semua ni. Kalau lah semua ni bermula dari saya, tolong maafkan.

Mustahil untuk saya anggap awak lebih dari kawan. Mana taknya? Setiap apa yang awak buat mengingatkan saya pada dia yang saya kenal terlebih dulu daripada awak.

Bukan sebab saya masih sayang dekat dia, Bukan! Tapi nak buang perasaan yang pernah wujud dulu tu pun dah cukup susah dah. Tapi saya cuba jugak buang dia jauh-jauh dari hidup dan cuba yakinkan diri, "Jodoh aku, Allah dah tetapkan." Masa tu memang sakit. Bila ingat balik sekarang ni pun masih berbaki lagi luka dulu tu. Tapi, alhamdulillah. Dgn izin Allah, dan mungkin juga disebabkan oleh jarak antara satu sama lain, saya berjaya lupakan dan jauhkan diri dari dia. 

Tapi awak? Macam mana saya nak mengelak dari awak?

Dugaan ni betul-betul besar bagi saya.

Saya anggap awak kawan sejak kali pertama kita jumpa dan sepanjang kita harungi pahit getir jadi kadet junior palapes. Jumpa awak dekat kelas polimer pun saya punya perasaan happy sebab jumpa member je. 

Mereka kata kita kembar. Saya jadikan itu sebagai jenaka. Orang tanya kenapa kita rapat, saya katakan sebab kita senegeri. Jadi rapat secara tak langsung je.

Semua orang kenal perangai saya. Mulut bising, perangai entah pape, Lagi2 time palapes. Saya membebel, mental tak tentu pasal, cakap itu ini. Ramai juga yang tegur, "Nabila ni kenapa kasar sangat?" Macam itulah saya setiap hari. Bercakap dengan awak pun tak pernah baik-baik. Saya cakap macam kawan. Saya wonder apa lah yang awak suka sangat dengan cara saya?

Kali pertama awak ajak pergi library dengan alasan study.. Masa tu pun sebenarnya saya memang ada niat nak pergi library jugak. Saya tegaskan, saya pergi library kerana nak tuntut ilmu, bukan sebab awak. Saya terpaksa study kat library masa tu sebab setiap kali balik bilik, saya akan tergoda dengan katil. That's why I took the desicion untuk pergi library. Lagipun dah critical time sangat. Dah hampir exam.

Walapun awak yang ajak, tapi awak tak muncul kat library tu. Saya pelik jugak. Tapi saya anggap awak tertidur kot, belum bangun. Serius, saya tak kisah langsung awak ada ke tidak sebab saya memang nak pergi library jugak walaupun seorang diri.

Saya terkejut masa awak tanya kat saya soalan sambil tunjukkan lecture note awak, dekat lecture note tu ada satu perkara yang mengganggu fikiran saya. Saya tak mahu tanya, sebab saya cuba menidakkan dalam hati saya. Tak, bukan nama saya sorang je kan dalam dunia ni capital FN? Mungkin ada orang lain. Bukan saya. *Kuatkan hati*

Awak dah buat emosi saya tak stabil.

Masa ni barulah saya mula sedar. "Aku ada buat dia rasa aku suka dia ke?" "Eh, kita kawan je kan?"

At this stage pun, saya still try to say no to such feeling. Awak tu kawan saya je. *simpan kat otak!*

Awak. Belum masanya. Itu je saya nak kata.

Memang awak tak pernah confess. Tapi awak dah jelaskan semuanya bila awak tweet macam-macam pasal benda ni semua.

Kalau dulu awak dan geng palapes kita ajak jalan-jalan, saya masih boleh ikut sebab saya anggap awak kawan dan saya jugak ingat awak anggap saya kawan biasa. Setahu saya pun, awak dah ada yang punya.

Saya care dengan semua orang. especially skuad kita. Bukan dgn awak saja. Rasanya semua orang pun tahu. Tak weird kan kalau saya nasihatkan awak bila awak membazir duit dan selalu hangout sedangkan awak mengadu duit cepat habis. Saya buat macam tu dekat semua kawan saya. Inilah diri sebenar seorang Nabila. Hobi dia membebel. Kecuali dengan orang yang dia tak suka, sepatah haram pun dia takkan cakap. Lantak pi la sbb aku tak heran pun kat hg.

Tweet hari ni tadi, awak kata, "Kalau boleh pergi mana-mana pun aku nak dia ada depan mata, takdelah aku asyik nak call je."

Saya try buat bodoh. Eh bukan aku kot. Dia call sekali je pagi tadi. Dia tweet situ banyak kali. Hmm menidakkan lagi. 10 kali pun saya tetap akan cuba untuk buang buang buang semua tu!

Up to a stage awak mentioned saya kat satu gambar yang macam nak ter-confess feeling. Saya ignore je. Saya tak reply atau respon apa-apa pun. Tapi itu untuk hari ni, saya masih kuat. Lain kali? Allahu.

Perangai saya ni buruk. Makan depan awak pun saya langsung tak cover. Makan sampai tudung macam nak tercabut. Muka saya selamba je. Sebab saya anggap awak kawan. KAWAN. 

Saya pelik. Sungguh pelik. Saya selalu marah, cakap dengan awak pun macam nak gaduh. I never be a girl in front of you, how can you still have that feeling.

Sekarang ni our first year hampir tutup tirai. Berbaki tiga tahun pengajian, macam mana saya nak mengelakkan diri dari awak? Kita sama course, palapes pun sama. Oh sakit.

Saya mungkin boleh tolak perasaan tu sekarang. Tapi saya ni manusia biasa yang imannya ada naik ada turun. Saya takut kalau saya tersuka awak dan saya tak sanggup untuk kembali kepada diri saya yang lama.

Dulu saya pernah rasa sakit bila terpaksa buang perasaan suka dekat orang yang saya sayang. Saya terpaksa kata diri saya yang saya benci dia. Padahal saya tak pernah benci dia pun. Saya cuma terpaksa wujudkan rasa macam tu. Sebab itu je cara saya nak lupakan dia.

Tapi awak? Takkan saya nak benci awak?

Saya masih pening fikir, aku ni tak cukup kasar ke sampai ada orang boleh suka?

Mungkin ada. Khilaf. Manusia mana sedar bila dia buat salah.

Sekarang ni saya cuma harap lama-lama awak akan bosan dan faham sendiri perkara ni. Saya takkan benci awak, sebab saya sayang semua skuad saya. Begitu juga awak. Kita dah macam adik-beradik. Jika jodoh sekalipun, biarlah Allah tetapkan masa yang sesuai. 

Cerita pasal jodoh pula, sebut nikah memang seronok tapi kalau serius nak nikah. Mampukah? Saya jujur rasa saya belum mampu nak pikul tanggungjawab.

Belum masanya lagi nak cerita pasal cinta. Cinta pada Allah pun belum sempurna, awak.

Saya nak bina ukhuwah. Bukan wujudkan dosa ikhtilat. 


polymer night
being johorean
kadet junior
latihan terakhir sem 2

Ya Allah, make me stronger.