follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Library

Berkampung di perpustakaan.

Bila duduk seorang diri ni, mula la aku ada banyak masa nak fikir macam-macam benda yang akhirnya aku akan menyesal sendiri.

Imbas kembali masa awal semester dulu, aku selalu tanamkan kat diri sendiri.

First - Semester ni aku nak ubah cara study. Before kuliah mesti revise sikit2 lecture notes. Pastu setiap hari sebelum tidur mesti study apa yang belajar hari ni

Second - Kalau tak faham jangan simpan lama-lama.. Pergi tanya orang yang tahu ataupun cepat2 pergi jumpa lecturer. Jangan jadi macam semester lepas, seorang lecturer pun tak pernah jumpa. Macam mana nak berkat ilmu tu.

Third - Class gap je pergi library. Duduk kat library sampai pukul 5 ataupun malam baru balik bilik. Bilik untuk tidur je. Jangan banyak tidur lagi, buang masa.

However, bila direnungkan balik sepanjang semester. Perkara yang aku azamkan untuk ubah, gagal juga aku nak ubah. *menangis teresak-esak*

Akhirnya aku menjadi manusia yang hidup dalam penyesalan lagi.

Azam tinggi tapi aku tak kuat. Tak rajin. Penakut.

Ada satu masa tu aku dah sampai pun kat depan bilik lecturer calculus.. Tapi nak ketuk pintu,....tak jadi. Aku berlalu pergi macam tu je.

Sekarang ni tinggal seminggu je kuliah dan the next week terus study week PFTTTT baru aku punya kesedaran tu muncul dan niat nak study tu baru muncul...

Dan weekend ni paling berjaya sebab sepanjang hari siang aku berada kat library dan malam duduk kat bilik pun masih jugak aku study.

KIPIDAP NABILA ! - aku mula puji dan bagi semangat dekat diri sendiri. Hehehehe

Hari ni Ahad aku bangun agak lewat sikit. Lepas subuh aku syahid dilambung mimpi dan pukul 11 baru bangun, Bangun je aku gagahkan diri mandi laju-laju dan sekarang ni masih berada dekat library. Nasib baik library ni memang tutup pukul 4 je. Kalau tak aku nak je duduk sampai malam sebab rasa menyesal bangun lewat. Hukhukhuk

Banyak lagi subjek yang aku belum revise. Banyak lagi subjek yang aku belum faham. Jadual exam pukul pack banget. Bayangkan 4 subjek core dalam satu minggu. Hari Rabu sahaja yang tiada exam. Isnin, Selasa, Khamis, Jumaat bermula dengan paper Advanced ENGINEERING calculus, Strength of Materials, Electrical Technology, and then Physical Chemistry of Material ENGINEERING.

Kenapa aku highlight-kan ENGINEERING tu?

Bukan nak berlagak atau apa. Pada alumni USM Kejuruteraan, aku nak tabik spring sebab semua dapat complete this course masa first year dengan jayanya. Dengan tak ada basic engineering langsung(unless budak sekolah teknik atau matrik teknikal) , course ni semua memang mampu buat orang waras yang ada otak menjadi hilang akal sebab rasa otak macam kosong.

Aku terpaksa akui sebab before this senior cakap macam tu dan aku tak percaya. Tapi now aku dah rasa sendiri.

Ada je kawan2 aku dari universiti lain dan course selain engineering semua nak perlekeh aku bila aku cakap terseksa study dekat sini. Mungkin diorang anggap aku ni saja nak kerek konon macam engineering ni bagus sangat. What for weh aku nak bercakap? Ingat aku sesaja ke? Aku stress kau tahu tak. Oh memanglah kau tak tahu, kau belajar apa kan.

Aku tak pernah perlekeh course kau, so harap kau pun tak perlekeh course aku. Bersyukur la kau dapat dean list. Bila aku cakap kat usm engineering campus ni susah nak dapat even 3 pointer, percaya la tak terdetik pun aku nak beralasan bodoh atau berlagak pandai. Ini hakikat. Buat apa aku nak bohong.

Tapi takpe la. Kau bukan tahu pun apa yang kami rasa. Berbuih aku explain pun, aku sorang je yang rasa sebenarnya macam mana kan.

Apa pun yang penting usaha dan tawakal. Apa yang kita kejar pointer bagai ni dunia je. Yg penting tajdid niat nak belajar pandai2 sebab nak menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan agama Islam. Bukan buat untuk diri sendiri dan keluarga semata-mata.

Sekian.