follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Random post
5th July 2015

Assalamualaikum.

Dah lebih kurang 19 hari aku kat rumah. Sebab sekarang ni pun dah 18 Ramadhan. Bersyukur sangat sebab paper final exam semester 2 aku kali ni habis awal, dapat balik awal. Aku balik rumah hari tu naik kereta api, hehe batak sebab first time. A good experience. 12 jam perjalanan. Aku berhenti kat stesen Kempas Baru.

Tahun ni sepanjang ramadhan aku berada di rumah dan awal bulan September nanti baru start sidang baru. (Ok tamat intro)

Baiklah, tujuan sebenar update ni…




First nak minta maaf kalau post sebelum ni macam emotional sangat. Aku terlalu terbawa emosi. Kalau kak naqibah aku baca post aku ni gerenti dia katuk-katuk kepala aku, piat-piat telinga aku (Haha propa je, aku tahu diorg takkan buat cenggitu)

Second aku sedar aku patut lupakan je apa perkara yang berlaku. Aku sepatutnya tepis dan berhenti fikir yang bukan-bukan. Lumrah la iman diuji dengan pelbagai perkara. Dugaan kan tanda Allah sayang akan hamba-Nya. Aku salahkan diri sendiri dalam hal ni.

"Be humble because we are hamba" (Kata-kata seorang hamba Allah kat Twitter)

Third sekarang ni aku mohon sahabat2, muslimat yang dikasihi sekalian, tolong tegur aku kalau aku ada buat salah.

Aku nak ambil kesempatan ni juga nak ucap terima kasih setinggi langit kepada sahabat dan juga jiran selang 2 rumah, UNMUT(bagi capital name je ye). Terima kasih sebab banyak mendengar bicara hati aku dan sentiasa tunjukkan minat dengan cerita-cerita dongeng aku yang tak berkesudahan. Terima kasih juga bagi pinjam buku yang amat bermanfaat, sesuai dengan situasi aku sekarang ni.

Walaupun pada mulanya aku rasa nak delete je post yang sebelum ni tapi aku tak jadi. Bila aku fikir balik, post tu boleh jadi bahan untuk aku ingatkan diri aku sendiri(muhasabah) andai satu hari nanti hati aku tak kuat atau nak ulangi dosa yang sama.

Terima kasih Ustaz Adnin Roslan, buku Tarbiah Sentap banyak didik hati aku supaya kembali sedar dan tak lena dibuai mimpi. Masa aku baca tu memang rasa berdosa sangat tebal dalam diri. Especially, bila dia sentuh soal ikhtilat. Masha Allah, aku terduduk bila baca.(Mmg aku tengah duduk pun masa baca buku tu. Hee ok gurau je)



Alhamdulillah. Allah masih sayang kat kita sebab dah bukakan hati kita untuk terus mencari ilmu akhirat dan belajar dari kesilapan diri kita sendiri. Banyak lagi yang aku tak tahu sebenarnya dan banyak lagi yang aku harus pelajari.

Hijrah memang bukan sesuatu yang mudah, bak kata seorang sahabat. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus istiqomah dan berjuang menentang hawa nafsu!

TAKBIR! Allahu akbar! Infiru



Insan yang hina