follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
hati org vs hati sendiri
Dah lama tak update blog ni sebab kekangan masa. Sebenarnya bukan la busy mcm PM. Cuma bila ada masa pun, badan dah letih. Akhirnya rebah kat katil. Itu la yg biasanya terjadi bila ada class gap. Hehe

Banyak je yg nak cerita sebenarnya (utk tatapan sendiri pada masa depan je)

Tapi mood hari ni sangat la runtuh atas satu kejadian.

Jadi cerita hari ni pun pasal dugaan la.

Sejak aku duduk kat USM ni aku kerap betul meng-compare hidup aku antara kat matrik dengan kat sini. Bukan apa, beza dia besar sangat. Allah je yg tahu betapa besarnya :'(

Aku mula rindu roommates aku masa matrik setiap kali aku ada masalah dengan roommate aku kat sini.

Entah kenapa aku makin kuat makan hati dengan apa yg orang kata sejak kebelakangan ni. Boleh ke aku katakan aku kecewa dengan sikap manusia yg diluar jangkaan aku?

Manusia tu roommate aku.

Aku cuba sedaya upaya aku untuk tak punya perasaan buruk terhadap manusia ni. Tapi setiap kali aku cuba buat baik dan jadi aku sebetul-betul aku...aku sentiasa dikecewakan.

Aku kerap pujuk hati sendiri, sampai hari ni aku dah tak mampu nak pujuk hati aku lagi. Sebab apa yg aku rasa tu betul-betul menyakitkan.

Kadang aku rasa "Teruk sangat ke aku? Bila bertanya pun macam salah soalan.. Aku yg tak faham dia atau dia yg tak faham aku...? Aku melebih ke?..." Aku terdiam setiap kali fikir soal ni

Menyakitkan sungguh bila aku niat nak prihatin tapi dia pandang tindakan aku macam org tua yg hanya gemar membebel. Nada dia bergurau. Tapi aku kecil hati setelah "gurauan" tu diulang berkali-kali dalam satu hari. Kata-kata aku dipotong sedangkan dia belum tahu lagi apa aku nak beritahu. Itu benda penting sebenarnya. Tangan yg dia gerakkan seolah mengejek aku...sambil sebut potpet potpet.

Terkadang aku fikir lagi, ''kenapa bila dia bercakap aku boleh je sabar mendengar dan tak pernah kata dia membebel?..."

Padahal kadang2 cerita dia dah berulang.

Hmmm

Mungkin ni la yg berlaku bila waktu pertama kali aku pandang dia, expectation aku pada dia tinggi sangat. Tinggi sampai bila dia tak seperti apa yg aku expect , aku menjadi sangat sakit.

Orang lain buat masih boleh diterima. Tapi ini roommate sendiri yg pada aku, aku cuba nak anggap macam adik-beradik sendiri.

Aku jauh dari keluarga. Jarang balik rumah. Jadi roommate aku ni la aku harap nak jadi teman borak, Tapi silap besar aku sebab dua-dua pun bukannya ada pemikiran sama macam aku.

Kerana diorang tak rasa apa yg aku rasa. Keluarga dan rumah diorang dekat je. So..fine. Aku mengalah

Setiap kali tengok dia beramal. Solat. Mengaji. Zikir. Ta'aruf. Hati aku rasa respect. Tapi bila ingat cara dia layan aku...rasa benci tu tanpa dijemput muncul balik.

Demi Allah, aku berusaha untuk buang perasaan ni. Harap sangat hati aku tak gelap dek kerana kebencian ni.

Mungkin ambil masa untuk aku sesuaikan diri dengan keadaan macam ni. Aku kena ingat aku tak ada roommate yg nak dengar apa yg aku nak cakap. Mungkin aku kena lebih banyak diam. Dan ada di bilik hanya untuk buat hal aku sendiri.

Dia dah tak suka perhatian kita, mana mungkin kita nak harap dia prihatin kat kita?

Aku kejut dia bangun tidur. Mungkin dia lagi suka kalau aku tak kejut dia dan buat hal aku sendiri je start dari sekarang ni.

Aku suka beritahu dia pasal nota baru yg dah ada kat web, mungkin dia lagi suka kalau aku diam je dan print utk diri aku sendiri je since aku ada printer kat bilik. Kalau dia nak, dia la yg kena tanya. Tu pun kalau aku nak jawab.

Aku selalu bawak duit lebih waktu pergi latihan palapes sebab fikir mesti dia nak pinjam, tapi mungkin mulai sekarang aku dah tak perlu bawak duit lebih. RM2 utk beli air gedegang utk aku sorang cukup la. Mungkin dia lagi suka?

Aku suka mencelah bila dengar dia cakap macam org mamai(bercakap benda tak betul sebab keliru dgn macam2 benda) Mungkin lepas ni bila aku diam dia akan happy sebab dia akan rasa apa yg dia cakap betul je? Aku patut diam je dan tak perlu betulkan walaupun dia salah.. Yg penting dia gembira dan tak anggap aku mengganggu.

Mungkin aku patut buat apa yg aku rasa aku tak patut buat pun sebelum ni.

Kalau dulu masa aku sekolah kat Selangor aku jadi pendiam sebab semua orang sekeliling aku talam dua muka dan susah dipercayai...mungkin sekarang ni hidup aku dah berputarsemula  ke arah kehidupan yg macam tu balik.

Mungkin aku perlu la jadi macam tu balik dan buang rasa nak berharap pertolongan orang lain.

Sebab aku dah kena mulakan hidup aku bersendiri. (dgn pergantungan pada Allah shj)

Mungkin ini yg sepatutnya aku buat dari dulu. Cuma sekarang baru aku sedar.

Ya. Aku percaya teguran Allah boleh datang dari manusia yg dia hantar utk jadi batu lonjatan aku.

In sha Allah, ni je nak tulis. Isinya tak bermanfaat pun. Sekadar luahan hati yg akhirnya jadi muhasabah diri. hehe

(Padahal assignment byk je kena buat... ngee)