follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Study Week
Jumaat - 19 Disember 2104

Satu. Perkara yang buat aku happy hari ni ialah FINALLY engineering drawing dah berakhir for all first year students! Hahaha kanapa la aku happy sangat kan, cih tak patut.

Tapi sejujurnya aku bukan tak suka drawing... Suka je, cuma disebabkan masa sekolah tak ambil lukisan kejuruteraan, so bila masuk USM ni kena belajar basic engineering. Rasa macam tertekan pun ye jugak disebabkan drawing ni. Mana taknye, tak tidur malam dibuatnya setiap hari khamis. Semua gara-gara lukisan and before that AUTOCAD. Ngeh ngeh. Alhamdulillah dah berjaya harungi.

Dua. Sedih sebab roommate yg asal Kedah ni balik rumah. Jealous tengok orang balik rumah kot. Uhuks aku dah lama tak balik. Last balik raya haji. K haha ngade

Study week, so supposely aku kena study la kan. Tapi malangnya lepas habis kelas pukul sampai la sekarang aku berada kat excited state untuk bukak laptop dan cari segala benda yg tak berkaitan dengan study.

Sepanjang hampir complete satu sem kat sini, aku rasa macam nak recall balik je apa yang aku dah buat.

Bila buat macam ni baru kita akan sedar kurangnya di mana dan macam nak improve utk next semester, (kerlas takkk)

Actually muhasabah macam ni patut buat setiap hari kan. Tapi aku mengaku, aku ni bukan la baik mana. Belajar pun so-so je.

Firstly, kehadiran ke kelas. Okay, aku pergi kelas setiap hari. (satu kejayaan yang besar!) Tapi ada juga beberapa kali tak pergi tutorial calculus n bahan atas sebab tertentu. Yang tutor bahan tu ponteng sekali sebab tertidur. Maklum lah kelas pukul 4-5 pm. Hahaha

Okay. For first year mungkin berjaya juga lah. Sebab ada je yang jenis macam biskut, kejap ada kejap takde kan. K applause to myself! Ngeh3

Bangga sangat setakat pergi kelas, padahal lecture takde la paham beno -,-"

Secondly, aku tidur ke idok time kuliah? Jeng jeng jeng ~ ~ ~

Jujur ku akui (melodi sedih kat sini) Masa awal2 semester, aku masih nak biasakan diri...(alasan je) So aku banyak jugak la mengantuk dan terlelap time kuliah. Sebab tu mostly Part 1 utk setiap subjects aku tak faham -..- Errrkkk benda ni memang harus dijadikan pengajaran yg bermakna.

Rugi kalau tak faham. Nanti nak catch-up macam sekarang... Sumpah payah! Tapi still tak mustahil ! ***Utk di-improve semester depan***

#1 Never sleep during lecture

Next, rajin ke tak nak solat berjemaah dan imarahkan surau blok? Err ini pun Hmmmm
Rasa malunya dah 19 tahun tapi masih lagi lalai dengan dunia. Kita cuba ubah slow-2 okay?

Insya Allah, perjalanan nak berhijrah tu memang sukar. Aku sendiri pun tengah rasai perkara ni.

Meh nak kongsi sikit. Kalau rasa payah sangat nak berubah, cari la inisiatif macam join Usrah. Bila ada kawan yang buat baik (contoh ; tutup aurat dengan sempurna) kita pun akan malu dengan dia. Allah kata, bila ada malu maksudnya ada iman.

Wujudkan la rasa malu dengan Allah, manusia. Tapi kena perbetul niat setiap hari nak jadi lebih baik hanya kerana Allah. Kalau kerana manusia nanti jadi munafik pulak, nauzubillah.

Aku sendiri join usrah sebab rasa hati nak berubah sangat even sebelum-2 ni pun. Tapi selalu cakap kat mulut je. Dari segi ibadah dan akhlaq masih di takuk lama.

So, aku pun masih merangkak mengejar redha-Nya.

Kita ni menuntut ilmu bukan kerana pointer. Rasanya semua orang pun tahu kan? Tapi sedar tak sedar cara kita study tu macam nak kejar pointer semata-mata. Kenapa?

Sebab kita study memanjang tapi hubungan dengan Allah dan manusia tak baik mana.

Malunya kita dengan Allah sebab Allah bagi kita sihat supaya kita boleh pergi kelas, Allah bagi kita rezeki supaya dapat beli makanan jadi kita bertenaga, Tapi kita tak pernah nak bersyukur. Malu kan? Ya, aku rasa malu sangat.

Alhamdulillah. Moh le kite berubah perlahan-lahan ye. Masih ada masa. Biar jatuh tersungkur, tapi jangan tak bangkit lagi.

Haaa...panjang berjeler pulak kan. Hehe

Then, kita tanya diri kita lagi, rajin ke tak kita jumpa lecturer. Part ni aku paaaaaaling fail. Aku tak pernah sekali pun jumpa lecturer. Okay, memang teruk. Aku cuba jugak nak ubah ni.

Rajin tak study kat library dan manfaatkan kemudahan yg universiti dah sediakan sebaiknya?
TAK.

Ini lagi satu nak cerita pasal bersyukur. Kalau kita tengok, bangsa yang minoriti kat Universiti yg paling pandai manfaatkan fasiliti kat U. Diorang je yang rajin pergi library, pinjam buku library sampai macam tak reti pulang. Nak banding dengan bangsa yang majoriti ni?

Allahuakbar. Deep sungguh. Aku termasuk la jugak golongan yang tak pandai bersyukur ni. v.v

Amacam muhasabah diri macam ni?

Baru perasan kan banyaknya kita buang peluang? Huu insyaAllah kalau hidup lagi semester depan, cuba ubah perkara ni. Jadikan hidup ni lebih bermanfaat dan jangan lupa pergantungan pada Allah.

"Impian biar setinggi langit. Kalau kita jatuh pun sekurang-kurangnyan kita akan jatuh di awan, bukan terus di tanah"

Moga bermanfaat untuk sesiapa yang baca. (Kalau ada laa, Harhar)