follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Being a student is a blessed
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Post hari ni nak cerita sikit pasal hari pendaftaran and minggu orientasi. Hehe

Aku mula gerak dari Johor untuk ke Pulau Pinang masa 30/8 lagi. Gerak pagi then sampai about nak maghrib macam tu. Tumpang tidur kat rumah sepupu aku, Kak Idah. Anak Mak Ngah aku. Alhamdulillah sampai sana dengan selamat.

31/8 tu puas kiteorang berjalan sebab tuan rumah bawak naik feri sekali. Merasa la aku naik feri walaupun macam ada takut-takut jugak sebenarnya. Hehe

1/9 hari pendaftaran aku sampai sana awal jugak la. Dalam pukul 8. Orang pun belum ramai lagi. Daftar tu sekejap je la. Lepas dah dapat no bilik mula la aku ternganga sikit sebab tak tahu kat mana blok. Nasib aku memang "baik" sikit sebab dapat tingkat atas sekali jugak. Bhahaha. Tapi katanya mmg semua student baru dapat atas. So redha jer laaaaa

Orientasi start lepas zohor. Rasa sedih bila terpaksa relakan parents aku balik rumah. Huuuuks. Mula la aku duk berfikir...kan bagus kalau mak boleh beli rumah dekat2 kat sini~~~

Ok. Tapi semua tu cuma angan-angan.

Alhamdulillah orientasi semua okay Except for hari Angkat Sumpah! Aku sedih sebab masa tanya kat fb tentang pakaian, kakak ppsl tu cakap boleh je pakai pakaian cerah and not necessarily be baju kurung putih and kain hitam. Kalau aku tahu aku dah lama beli sebab nampak seragam sikit. Takde la rasa macam kena buang sebab baju warna lain. Hahaha no offense, benda dah lepas. But still, sebab aku nak join palapes aku kena jugak beli baju tu jugak. -,-

Makanan masa orientasi. Hanya dapat makan nasi masa pukul 1 lebih pagi. Huh. Thats normal la kan. 


Sekarang ni dah seminggu aku menempuh minggu pembelajaran. Alhamdulillah, assignment dah ada. Tutorial pun dah ada. Kahkah baru betul2 macam universiti kan. Hehe

Mula-mula ni masih penat sikit sebab banyak benda nak kena submit plus ada taklimat sana-sini.

Sekarang pun tengah settle kan ptptn punya borang perjanjian and segala dokumen sokongan. Kesian kat mak ayah aku asyik kena pi pos surat untuk aku.

Sekarang ni aku nak introduce kawanyg aku jumpa masa orientasi ...

Me, Tiqa, Syidah (Johor, Perak, Selangor)
Kiteorang satu school tapi diorang berdua kos Bahan. Aku pula polimer. Jumpa pun secara tak sengaja masa duduk kat dewan. Disebabkan warna baju utk majlis angkat sumpah tu, aku kena alih tempat duduk dan duduk la sebelah diorg. Tu kali pertama. Kali keduanya time kat dk. Ada tempat kosong kat depan jadi abg ppsl suruh aku pegi kat sana. So tempat kosong tu la yg dalam gambar ni. Duduk lagi sebelah diorg. Kebetulan sgt. Then mula la kiteorang berkawan.

 

Basikal pinjam kat Kompleks Sukan je sebab masa ni nak cari kelas kat mana je. Takut hari Isnin nanti sesat jalan. Haha. Honestly buat masa ni belum hafal tempat lagi sebab luas sangat. Nak jalan kaki memang penat. So sebab tu aku pun beli basikal, tapi belum dapat lagi la. Masih menunggu. Huhu buat masa ni bersabar dulu jalan kaki. hehe



Feeling macam kat oversea sikit bila belajar kat USM ni sebab kehijauan dia. Hehehe. Mai la belajar kat USM Nibong Tebal *promote pulak


Yang cantik berlesung pipit tu course-mate aku. Yang lagi sorang tu Tiqa laa. Gambar ni kakak aku comment macam kat oversea. Aku ingat aku sorang je yang feeling-2. Hahaha **orang tak penah merasa pi oversea kan, jakun sikit :') Hahaha ayat nak tragis. Lulz

Okay la. I think I should end this. Dah masuk waktu zohor dah. Salam! :*