follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Sunday story
Assalamualaikum semua!

Ini just random post :)

Hari ni hari Ahad & biasanya pada hari cuti macam ni my parents akan breakfast kat luar. Tapi disebabkan aku atet yot (sakit perut) aku tak ikut la. Entah apa laa yang aku makan semalam. Iskk

So disebabkan tu jugak aku tidur smpai pukul 10 lebih baru bangun. Buka je mata terus tengok whatsapp. Oleh kerana bangun lmbat aku tak sedar whatsapp F yg suruh aku kejut dia bangun pagi pukul 10.30 am. Rupanya dia yg bangun dulu pukul 9.30 am and dia yang "morning!" kat aku dulu. Alahai malunya perempuan bangun lambat -,-" bukan selalu ok. (cehhhh padahal selalu jee)

Lepas bangun tu terus la mandi and tak lama kemudian parents aku balik. Bawa sarapan pulak tu. Syukur Alhamdulillah! Hahaha, sarapan feveret pulak tu! Hailaa. Tapi aku makan tak habis jugak sebab tak sedap perut. Makan separuh dan separuh lagi aku sambung kemudian. Nak buang membazir kannn

Planning hari ni ayah aku nak pasang kanvas kat belakang rumah. Al-maklum la majlis kahwin kakak aku minggu depan! Malangnya hari hujan. Tergendala kerja dia. Ayah aku punyaa la frust! Nasib baik ada jiran aku sorang ni baik hati dtg membantu. Peribadi dia sesuai dgn nama tuannya - Nasir. Org yg suka menolong. Hehe

Lepas zuhur pulak aku dah janji nak keluar dengan Hidayah Bu pergi instabazar kat sekolah Foon Yew 3, jb. Wah pukul dua dia janji tepat pukul 2 jugak dia smpai. Dayah ni mmg tepati janji betul! Best pergi sana, aku first time pergi instabazar ni. Dulu duk matriks mana la sempat nak pi mana-2. Seronok cuci mata. Nak beli tak boleh pulak. Kocek tak tebal, sedih ;( Hahahha *bkn minta simpati kayy

Dalam pukul 5 aku dah sampai rumah. Tak lama sgt pun berjalannya. Cuci mata je lebih kan. Sesampai kat rumah parents aku dah siap nak kuar pun, pergi majlis kesyukuran kawan ayah sempena buka restoran baru.
Aku salute dengan org sekarang yg letak penggantungan 100% terhadap Allah. Yela, rezeki Allah yg bagi. Bila nak buat bisnes makanan buat majlis doa selamat atau kesyukuran macam ni kan bagus sebagai permulaan suatu kejayaan. *tabik spring*

Okay la aku nak usha website fashionvalet.com dulu. Nak cuci mata lagi tengok koleksi baru! Geram tengok baju kurung budak kecik! COMEL

Byeeee :)