follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Kenangan : KMNS
Maafkan aku sebab buat post lagi macam tak reti tido. Nak buat cemana mata aku belum ngantuk. Mungkin sebab dah tertidur petang tadi. Tu yg segar sgt ni. Adoi *kesat mata*

Okey berbalik kepada tajuk kita. Kenangan : KMNS stands for Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Alahai kenapa tetiba nak ungkit kisah lama? Haha actually aku terpanggil untuk cerita sikit2 pasal matrik ni since ramai after spm students update blog kata keliru nak masuk matrik ke terima upu. Hehe (bukan sebab aku rindu matrik ke? Eh diammaa!)



So ini adalah gambar praktikum aku : S1AP8 !

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ni terletak kat Kuala Pilah . Dekat je dengan UiTM kampus Kuala Pilah. Ex-boyfriend aku ada kat sana! k takde kaitan kbye

The best part pasal KMNS ni ialah tempat dia. Dekat gunung-ganang. Memang cabaran besar la kalau nak datang kat matrik ni. Bagi yg dtg dari selatan, sudah tentu akan melalui jalan yg macam ular tu! Superb pening kepala!

Tapi seronoknya waktu malam sejuk je. Sebab kat gunung kan. Udara fresh je. Time nak pergi kelas pagi pun nampak kabus. Tapi itu special untuk budak yg duduk blok C la! Sebab blok A tak merasa semua ni. Hahaha. Aku duk kat blok C1. Akan tetapi ada contra nye! Aku benci tangga! Memang Allahuakbar sangat yg amat penat nak panjat tangga Batu Caves tu. Setiap hari pun kena panjat tangga tu, dah la aku aras 4 Tingkat atas sekali ! Phewwww -,- *kalau ingat nii memang rasa tak nak balik matrik lagi* Blok C jugak sgt jauh dari kawasan kuliah. So mmg nak kena menapak jauh2. Tabahkan hati jela. Kata pun nak menuntut ilmu tak boleh merungut.

Masa hari pendaftaran, tolong jangan terpengaruh dgn jurujual yg jual buku segala bagai. Kat matrik ni dah tak skema macam sekolah nak kena pakai buku. Paling pun perlu ada buku nota biasa(saiz sederhana buku tulis masa kat sekolah) utk jotter. Jotter tu buku yg kita akan guna utk buat experiment. Means kite akan salin apa yg penting2 mcm step2 utk buat experiment dari buku lab manual(provided) . Lab manual diharamkan sama sekali masuk lab sebab tu perlukan jotter. Buat jotter pun tak boleh cincai2.

#tengok kat gambar tu.. itu la jotter aku. Masa ni experiment Kimia. Lelaki yg pakai baju melayu tu partner aku sepanjang semester. Budak senegeri. Senang nak bergaduh. Haha#



Orientasi mcm biasa la seminggu. Kalau nasib kau baik dapat la akak fasi yg baik. Haha normally fasilitator ni diambil dalam kalangan manusia yg penyabar (obviously bukan aku! k)

Orientasi penat plus mengantuk sikit. Tidur tak cukup sebab kena bangun awal. Tak sempat nak mandi. So my advise is bawak wet tissue supaya boleh lap badan sebelum tidur. Lap satu badan! Kalau berani nak pergi toilet utk mandi boleh abaikan nasihat ni. (toilet bukan kat dlm bilik k) Hahahaha



#gambar atas tu masa nak dekat raya, comel betul chinese pakai baju kurung kan?# *ching*

Bila dah start kuliah, kehidupan busy dan serba kelam-clumsy bermula. Hehe barulah dinamakan cabaran yg sebenar. Masa ni jangan nak toleh belakang lagi. Kena kuatkan semangat. Masa memang berharga. Pandai2 la hargai masa. Nasihat ni common sangat kan Sila menguap tanda protes ok.

Sebagai student yg average tahap akademiknya, aku rasa matrik memang very hard macam yg aku dah cerita kat previous post. Aku bermula dengan banyak sangat air mata. Derita sengsara segalanya terasa la! *drama aku dah start, kunyah kuaci* Haha

Setiap malam mesti akan mengadap tutorial tak benti2. Weekend adalah hari yg paling busy nak cuba buat seberapa byk tutorial yg mungkin supaya weekdays tak terkejar2 sangat. Hahaha

 biology, chemistry , physics , mathematics 

Only Allah knows how everyday I wish that aku lahir sebagai seorang yg genius that aku boleh faham everything easily. Hailaa that sounds pathetic isn't it?

Tapi macam tak sangka walaupun susah walaupun perit, ramai students yg berjaya menamatkan pembelajaran sampai ke semester 2. To be honest, dari segi subjects, sem 1 lebih senang dari sem 2. But dari segi mentally, sem 1 harder sebab masih nak cuba biasakan diri.



Tak dinafikan, aku bersyukur dapat roommate yg baik2 macam mereka dlm gambar kat ats ni. Diorg ni laa yg byk bagi semangat dan tak pernah kedekut ilmu dgn aku. Alhamdulillah. Diorg mcm adik beradik bagi aku. Susah senang aku diorg ada. Waktu aku down diorg la yg paling byk bagi semangat, mengingatkan aku pada Allah. The moment bila pergi surau sama2 meskipun bdk aras yg lain tak ramai yg pergi :') Semoga Allah bagi mereka sejuta kegembiraan dan bahagia dunia akhirat for their good deeds.


Ni gambar masa penghujung semester. Hari terakhir experiment kimia bersama Pn. Fatihah bt Zulkeply. Untung korg kalau dapat dia sbgai ckgu tutor. Mesti kimia tip top sbb ckgu ni ajar faham sgt2. In sha Allah. Actually semua lecturer ajar dgn baik kat matrik. Bestnya matrik ni sebab lecturers tak pernah abaikan students. Usually mereka akan tetap sabar dgn kita walaupun tanya soalan bodoh sbb mereka nak tengok kita berjaya. So hargai la peluang. Haha, rajin2lah pergi unit setiap subjek utk tanya apa2 yg tak faham.

Experiment seronok tapi time nak buat lab report macam azab sikit. Kalau boleh lab report buat secara berkumpulan supaya tak tersalah buat.

Okay idea aku dah start kering sebab seems aku lagi banyak membebel daripada beritahu info penting pasal kolej ni kan? Entah korg faham ke tak apa aku cuba sampaikan.

By the way jangan mengalah kalau nak berjaya. Kena kuat kalau nak jadi student matrik. redha jela dgn peraturan yg a bit silly tu. Terima jela kenyataan kena outing pakai baju kurung bagi perempuan. Hahahaha

Hal Ehwal Pelajar can be a bit annoying sebab selalu cakap minggu tak boleh balik tapi tup tup boleh balik. Aku pun tak faham kenapa macam tu. But lebih baik tak pyh selalu balik. Kalau penting sgt baru balik. Sbb matrik setahun je pun. Sekejap je habis. Trust me!

Kepada bakal student matrik, in shaa Allah korg tak akan menyesal ambil langkah tu. Usaha sehabis baik, ingat Allah ingat parents. Niat mesti nak betul. Menuntut ilmu kerana Allah Ta'ala. Kalau boleh tulis besar2 kat kertas A4 , "Sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah Ta'ala.." Pastu tampal kat pintu supaya sebelum keluar bilik sentiasa ingat utk niat.

Usaha tanpa doa pun tak guna jugak. Jadi kena banyak doa la. Kena seiring dunia dan akhirat ya. (Nasihat utk diri sendiri jugak ni)

Aku pun skrg ni tgh duk berdebar je tak sudah2 sebab tgh tunggu result pspm2 keluar. Aku harap sgt aku tak kecewakan mak ayah aku. Risaunya amat ... Allah je yg tahu. Masa exam hari tu apa aku taram aku pun dah tak ingat. Hahaha *senyum kambing*

Tawakal jela Bedah. Bak kata kawan aku. Mmg betul tu.

Jadi bakal student kolej matrikulasi, selamat maju jaya! Jangan patah harapan! Jangan mengalah! Ikut je flow dan buat yg terbaik. Kalau gagal jgn berhenti, tapi cuba lagi! Yakin anda boleh dan anda pasti boleh , itu antara nasihat mentor merangkap lecturer fizik aku , En. Kadir b Sulaiman. Kalau ada sesiapa jumpa dia tolong sampaikan salam aku kat dia. Hihi

Baik aku akhiri sebab sekarang pun dah nak subuh.

Maaf andai ada kesilapan atau kasar tutur bicara :0 aku tak bukak mulut punnnn

-N