follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
"JPJ Test" Day

Malam sebelum JPJ (iaitu hari Isnin) tekak aku dah sakit semacam. Hingus tak berhenti mengalir (eeeiiiiiuuuuuu) And mata pun tak kurang panasnya.

Kenapa la agaknya? Janganlah buat hal wahai hidung. Sikit-sikit bersin. Bergegar la otak aku. Ya Allah... tak tahan dah ni...

Itu lah kenyataannya. Tak boleh nak buat apa. Tiba-tiba Allah nak uji dengan masalah kesihatan macam ni. Sabar jelah yang aku mampu. And doa yang terbaik supaya test jpj nanti tak fail.

But guess what? Aku fail jugak. Yang parking tu. Masa fail tu, Tuhan je yang tahu perasaan aku. Rasa macam tak nak teruskan je untuk jalan raya. Dah tak ada mood katanyaaa... Huh. Dengan hidung yang asyik nak terbersin. Puas aku tahan. Mata pun naik berair.

Time tengah tunggu turn untuk test jalan raya, tiba-tiba Rina call. Hilang kejap tension. Hahahahahaha. Tapi disebabkan asyik sangat berbual (walaupun suara dah macam orang mamai sbb sakit tekak) aku boleh pulak tak sedar dah sampai turn aku! Pfttt. Orang tu jerit sekuatnya. "NO 10!!!" "Mana ni?? No 10!!!??"

Okay agak bengang. Then aku buat muka tak bersalah je. Bangun and grab kertas pada tangan dia, tak jawab pun dia tanya "eh mana awak pegi dari tadi saya panggil?" Aku cakap terima kasih tanpa pandang muka dia dan bla cemtu je. Dengan hati yang pasrah. Mood yang bercelaru tadi tu muncul balik. (Hm. Baru aku sedar aku terkurang ajar dengan orang tadi tu)

Aku naik kereta. Selesai buat lima perkara, aku terus gerakkan kereta. Cuak tak terkata. Sumpah. Aku tak pandang pun orang JPJ kat sebelah. Aku bayangkan orang tu bapak aku je. "Fatin, kat sebelah ni ayah kau je, jangan takut. Kalau ayah bebel, kau takup je mulut dia. Macam kau biasa buat tu. Cucuk pinggang ke gerenti ayah geli pastu senyap." K itu diolog dalam hati. Memang macam stupid. Sebab stupid la aku ingat lagi sampai sekarang! =='

K jangan pelik ye. Ayah aku memang kuat merepek (merepek means buat lawak tak kelakar). Jadi kalau dia dah mulakan ceramah merapu dia time kiteorang nak tengok tv, aku selalu volunteer korbankan tangan tutup mulut dia. Tapi itu gurauan anak beranak sahaja. Korang jangan pulak amalkan cara ni time bapak korang tengah marah! Kang tak pasal-pasal makan pelempang! Mampuih. -,-

Okay berbalik kepada perkara asal. Pasal apa tadi? Oh masuk kereta.

Aku jalan dan buat macam biasa. Tiba-tiba tester tu bersuara, "Jauh kau datang sini dari Selangor?" Dalam hati aku , "Selangor?? Bila masa pulak" Then baru aku teringat. Oh alamat kat lesen tu! Pfttttttttttt. Ini semua salah cekden(ejen yang ngajo aku) aku dah tukar alamat baru pun dia still nak pakai alamat lama tu. cis

Selamba je aku jawab kat dia, "Oh haha" Aku rasa tu bukan jawapan kan? K itu gelak. Gulp. Ye aku segan nak cakap sebab suara aku sengau dek hidung tersumbat! Please la faham. Tsk tsk. :'/

But syukur Alhamdulillah. Aku pass untuk jalan raya. So aku cuma perlu repeat bahagian 1 iaitu yang ada bukit, parking dan jalan mati. (Betul kot namanya tu)

Suka untuk aku beritahu juga, cehh. Untuk test JPJ hari tu, aku dapat nombor 10. Which memang dah buat aku telan air liur. And then, ada pulak yang tak datang. Aku orang yang keempat. Dan dapat kereta viva! Untuk both bahagian. Krik krik krik. Sangat "best" sebab selama ni belajar pakai kancil. Rasa asing. Rasa ganjil. Tapi apakan daya. Berserah pada Yang Esa.

Okay you all, dah maghrib kot. Lama betul aku menaip. Ceh tak pro la katanya. T_T

Aligato gozaimas. Eh

K bubye! Assalamualaikum wbt! *senyum*

xoxoXxXOooOXx *hug kiss*