follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Nyet nyet Monyet.
*Tajuk tiada kena mengena dengan cerita*

Assalamualaikum, orang Malaysia! Aku Fatin. Atau nama penuh aku Nur Fatin Nabila binti Ibrahim. So korang tahu la kan nama ayah aku Ibrahim. K itu je.

Lepas habis tengok cerita Aliya petang tadi, mak aku suruh aku tolong dia masak. Oh lupa. Nama mak aku pulak Arifar binti Yunos. K, ni pun tak ada kaitan =,= Selepas tolong mak potong kentang, mak suruh aku pergi buang sampah. Dan aku pun pergilah buang sampah. Lepas tu pergi kedai beli surat khabar. Lepas tu pergi rumah mak cik tukang jahit, hantar jubah mak untuk dipotong. Huh

Bila dah sampai rumah, aku rasa bosan. Dan tiba-tiba muncul la idea nak pergi sekolah. Kuikuikui. Bila aku cakap kat Mak aku (yg bernama Arifar, aku dah beritahu kat atas tadi kan? k.) Mak aku macam tak nak bagi. Alasannya apa tuuu aku lupa nak tanya lah tadi! Tapi bila aku cakap aku pergi kejap je. Mak aku pun cakap, " Dah, pergi pergi pergi!"

Untuk pengetahuan semua, mak aku memang suka cakap ulang 3 kali. Contohnya ; " Hey jangan jangan jangan. Jangan usik jarum tu. Nanti hilang!" Tu contoh yg pertama. Contoh yg kedua ; "Bila bila bila? Bila masa mak cakap macam tu? Ini semua nak bohong je!" Hahahahahaha. Kalau korang tak percaya, sila buktikan sendiri dgn merasai pengalaman menjadi anak kepada mak aku. Hehehehe ;D

Dan bila aku sampai kat sekolah. Aku tercari-cari budak-budak KRS ni. Kat dataran tak hado! So hati aku berbisik , mungkin kat dataran belakang ni. (Wah kelas kauu hati berbisik. Hahaks)

Aku fikir, tak ramai sangat la budak kawad. Sebab Ainni cakap tak cukup orang hari tu. Sekali aku jengah.......MAK OI. Masya Allah. Ni bukan ramai. Tapi ramai giloo giloo. Hooo hoooo -..-

Tapi aku tebalkan jelah muka. Lepastu korang dah boleh teka laa Adegan terkejut-kejut yg berlaku sejurus selepas kemunculan aku. Macam biasa lah diorang tu "Eh kak Fatinnnnn!" Eii rileks sudah. *Bangga diri*

So.... nak kata mengajar.... Sememangnya Tidak. Aku dtg hanya utk bagi moral support. Tugas mengajar para platun aku serahkan kpd Komandennya Ainni. Dia lebih berhak pimpin anak buah dia, mengikut cara dia. Aku kat situ hanya bantu apabila diperlukan. Aku tak nak dikatakan over pulak. Dah la aku dtg pakai selipar je! Duh malu pulak dibuatnya. Hekhek lantak laa Dah berlalu.

Apa-apa pun malang bagi students kawad kaki tahun ni sebab pertandingan diawalkan iaitu pada 9 mac. Time aku dulu bulan 4 kalau tak silap. Huhu. Kesian kesian. Ni semua gara-gara nak pilihan raya, kata cikgu Hairi. Hiks. Nak buat acano kan. Terima jelah. Ready or not. You must be ready.

Tapi yg tak puas hati tu time aku nak balik (setelah dibebel oleh mak aku melalui telepon, Haha sebab aku cakap sekejap je tadi. Tapi pukul 6 pun aku masih kat sekolah HAHAHA :D) Then, cikgu Hairi marah tak bagi balik. Ei kecik besaq kecik besaq je aku tengok dia! Fuihhh dia tak tahu macam mana mak aku marah. Aku jugak yg kena bebel -,- Cikgu Hairi tidak aku endahkan, lalu aku berjalan pulang ke rumah. Eh! Naik motor sebenarnya. Hekhek!

Aku berniat nak jenguk diorang lagi esuk. Tapi tengok keadaan la. Kalau aku rajin. Bhahahaha.

Tapi biasanya aku malas je memanjang. Hahahahahaha

Kenangan tinggal kenangan. KRS! The Best! :)

Tammat.