follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Disiplin

Cuti seminggu ni buat aku rasa terlebih rileks pula sebab konon-2 ada masa banyak nak study. Pffffttttttttt. Setiap kali bila set time nak study mesti tak akan menjadi sebab wujudnya kakak aku yang sangat menarik perhatian untuk tengok tv sama-2. Aiyayaa. Dia tu pun tak membantu =,=' Bila aku cakap "wehh, Fatin nak SPM la" , dia mesti jawab balik, "SPM je. kau cuti seminggu kan?". Hmm see -.-?

Jadi aku terpaksalah menggunakan khidmat En. Google untuk cari segala macam motivasi untuk menyedarkan semula diri aku yang dah lupa daratan ni dan juga cara untuk disiplinkan diri. Aku jumpa satu web ni , yang bagi aku amat membantu. 



So I decided to share lah gituuu (Kalau aku baca sekali lalu nanti aku tak ingat pun, jadi bila tulis semula atau re-write, mudah-mudahan aku akan lebih ingat dan bersemangat. InsyaAllah, Hendaknya!)

Dari Dr. Wan Shah Razali ; 7 Cara Disiplin utk Mencapai Tahap Prestasi Tinggi.

1. Tentukan matlamat. Kita digalakkan ambil masa 3-5 minit setiap hari pada waktu pagi untuk menulis matlamat kita atas satu nota kecil. Dengan cara ni, otak kita akan diprogramkan secara tidak langsung ke dalam minda separa sedar kita.

2. Merancang dan mengatur. Pada waktu malam pula kita boleh ambil masa beberapa minit untuk rancang apa yang kita ingin buat pada keesokan harinya. Dan kita mesti buat seperti apa yang dirancang! (Boleh ke aku buat? grr)

3. Tentukan Keutamaan(priority). Utamakan aktiviti yang PALING bernilai. Gunakan masa sebaiknya.

4. Senam & Pemakanan Seimbang. Healthy is wealthy. Bersenam setiap hari dan amalkan pemakanan yang seimbang supaya kita dapat lakukan aktiviti harian semaksima mungkin! (Aku jogging seminggu sekali je, tu pun kalau rajin)

5. Belajar dan Membesar. Minda kita sama seperti otot-otot dalam badan. Jika kita tidak menggunakannya, ia akan kehilangan fungsinya. Belajar secara istiqomah untuk terus berjaya. (Betul la kata orang, jangan berhenti belajar walaupun tidak lagi bergelar pelajar *talking to the moon*)

6. Masa untuk Keluarga. Hubungan silaturrahim paling penting. Aku petik kata-kata Dr. Shah "Pastikan dalam usaha memanjat tangga kejayaan, jangan bersandar pada bangunan yang salah." Dalam sibuk nak capai kejayaan, jangan pula kita tersilap langkah bergaul dengan orang yang salah.

7. Latihan Tindakan. Pelajari 7 disiplin ini dan bertindak untuk mengaplikasikan disiplin-2 ini ke dalam diri.


Ayuh, cuba disiplinkan diri. Dicipline is The Key of Success! (Ya Allah, kuatkan hati aku untuk lakukan perubahan!)