follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Kenapa kita berpura-pura?

Kadangkala kita terlalu lemah untuk menunjukkan yang kita kuat menghadapi segala-galanya. Senyuman menidakkan segala keperitan yang terasa di hati. Biar sakit macam mana pun diri, yang penting orang lain tak patut tahu. Kerana masalah yang dihadapi tak mudah difahami. Jika diceritakan pun, kalau tiada yang peduli, lagi tambah sakit hati. Memendam. Itulah yang biasa dilakukan. Senyuman. Sentiasa terukir. Berpura-pura? Ya, aku berpura-pura untuk jaga hati sendiri. Bukan orang lain. Kenapa? Orang lain tak akan mengerti. Kerana mereka hanya tahu menyandarkan harapan. Tidak disangka harapan menjadi terlalu perit. Harapan yang sukar dicapai. Tapi bukan mustahil. Cuma susah nak diusahakan. Susah kerana aku lemah. Tapi aku sentiasa tersenyum. Ibarat semuanya baik-baik sahaja. Dan aku lega mereka terpedaya.

Aku diam bukan bermakna aku tidak tahu. Aku diam kerana tak mahu orang tahu. Ada yang berpura-pura kerana ingin dilihat lebih daripada orang lain. Bagi aku, hanya orang yang kurang ingin berbuat lebih. Kita tak perlu begitu. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pertama, belajarlah terima kekurangan diri sendiri dahulu. Kalau kita sendiri tak terima kekurangan kita, bagaimana orang lain nak terima kelebihan kita? Kekurangan yang ingin disembunyikan akan menunjukkan satu lagi kekurangan yang lain. Kelebihan diri pula tetap sirna(hilang). Mahukah begitu?

Kita tak perlu menghadapi segalanya sendiri. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Apa yang orang lain ada, kadangkala kita tiada. Itulah hidup. Aturan Allah. Dialah Tuhan Yang Maha Mengetahui. Setiap kekurangan yang kita ada bukan untuk menjadikan kita orang yang lemah (atau dipandang lemah). Tapi kekurangan kita adalah penyebab untuk kita menjadi orang yang kuat. Kuat menghadapi kekurangan. Kuat mengatasi masalah yang disebabkan oleh kekurangan. 

Usah kita fikir apa yang ingin difikir orang. Mereka berfikir berdasarkan apa yang mereka rasakan betul. Tapi hakikatnya mereka tidak rasa apa yang kita rasa. Anggap sahajalah mereka tidak tahu, sebab itulah mereka tercederakan hati kita. Atau hati kita yang terlalu rapuh untuk dihancurkan? Entahlah. 

Bukan menggalakkan untuk berpura-pura. Tetapi ada masanya lebih baik berpura-pura untuk kebaikan.



Sekadar nukilan.