follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Tidak Pentingkan Diri.

Dirinya tidak sempurna. Tetapi sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik. Lebih baik daripada semalam, bukan ingin semata-mata menandingi orang lain. Di waktu remaja, saat paling indah. Rakan sebayanya semua sibuk bergembira. Dia sahaja yang tetap di rumah. Tak pasti ibu bapa yang menghalang, ataupun kehendak dirinya sendiri yang rela dikongkong. Tidak peduli dikatakan kolot. Dia selesa.

Saat yang lain enak dibaluti selimut tebal, diulit mimpi malam. Dia meleraikan balutan selimut, tulang empat kerat dikerah digunakan sebaiknya untuk melakukan qiamullail. Sejuk ditemani kain putih menutup aurat, sejadah hijau pengalas badan. Dirinya sahaja yang mengerti, betapa kita rugi.

Dia terus tabah menghadapi waktu dewasanya. Ketika yang lain asyik berdamping bersama pasangan masing-masing, dia masih berdegil, bertegas mahu bersendiri. Bukan tidak pernah cemburu melihat kegirangan pasangan muda mudi seusianya. Namun dia kembali kepada sejadahnya. Berkhalwat dengan Yang Maha Mencipta. Beristikharah mencari cinta sejatinya. Siapalah kita jika dibandingkan dengannya?

Sehinggalah tiba hari di mana Allah mengurniakan mimpi bagi menjawab istikharahnya. Dia melihat sebuah kenderaan yang indah berkilau. Berkuda dan punya pengawal. Dia hanya memerhati dari jauh. Di sebalik hijab yang hanya memperlihatkan matanya, wanita itu tersenyum. Subhanallah. Baru melihat raut wajahnya, hati wanita itu terus tertarik. Turun dari kenderaan itu seorang anak kecil, dipimpin oleh lelaki kacak itu. Kelibat mereka hilang. Dia pun terjaga dari lenanya. 

Disangkanya mimpi semata-mata mainan tidur. Namun tidak terlintas difikirannya lelaki itu akan muncul dalam hidupnya. Secara realiti, di hadapan matanya! Lelaki tersebut mengukirkan senyuman sewaktu mereka pertama kali diperkenalkan oleh rakan sekerja. Mereka berbalas salam, mendoakan kesejahteraan.

Lelaki yang pertamanya hadir di dalam mimpi, kini dihadapannya. Mengisi hari, berkongsi cerita. Tidak pernah dia rasa sebahagia begini.

Lantas, satu kenyataan yang amat perit meragut seluruh harapan untuk dia meneruskan percintaan. Lelaki itu sudahpun beristeri dan punya anak. Dia terkedu. Hatinya terlanjur sayang.

Namun sanggupkah dia melukai hati wanita sepertinya? Pantas dia meletakkan dirinya ke dalam situasi jika dia yang menjadi ibu kepada dua anak dan isteri kepada lelaki itu. Segala kasih yang dicurahkan, pengorbanan terhadap suami, perit getir melahirkan dua orang putera tanda kasih buat suami..... Tidak, dia tak sanggup meleraikan hati wanita itu. Dadanya terasa perit.

Dia memutuskan untuk mengundur diri. Mengambil keputusan untuk tidak mementingkan diri sendiri.

Satu kebaikan kita buat untuk orang lain, InsyaAllah, banyak kebaikan lain Allah akan balas untuk kita. Yakinlah dengan janji Allah, wahai muslimah.