follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
For Dinesh.
بسم الله الرحمن الرحم 

Kesian pulak hati ni tetiba dengan Dinesh (my classmate) sebab dia tak faham entry aku yang sebelum ni, Tidak Pentingkan Diri . Jujur aku akui, itu memang tulisan tangan aku sendiri. Jadi ayat pun sudah tentu la kelam kabut sikit. Maklumlah, aku bukan sasterawan (belum lagi jadi sasterawan). Hehhe

Jadi, Wahai Dinesh. Aku punya English tak sepower kau, sebab tu lah aku tulis Bahasa Melayu jerr. Hee. Cerita tu actually aku nak ceritakan pasal seorang perempuan yang baik tetapi baiknya berbeza daripada orang lain. Jarang kan ada orang yang sanggup melepaskan cinta walaupun yakin itu miliknya? So, that's why lah post itu tercipta.

Satu wanita yang mempunyai peribadi yang baik. Tidak pernah bercinta, namun tak pernah kecewa melihat kawan-kawan dia sibuk dengan pasangan masing-masing. Dia tetap yakin Tuhan tu adil, dan pastinya akan ada jodoh asalkan dia sentiasa meletakkan maruah diri ke tahap yang paling tinggi.

Dia sentiasa cuba untuk dekatkan diri dia dengan Tuhan. Kerana dia percaya, apabila hubungan dengan Yang Mencipta itu dijaga dengan baik, pastinya urusan dunia akan berjalan dengan lancar juga.

Hingga akhirnya dia mendapat jawapan daripada persoalannya selama ini. (*According to Islam* Istikharah ; solat untuk minta petunjuk Tuhan. Contoh petunjuk tu macam minta Tuhan tunjukkan jodoh kita.) Jadi bila dia buat solat tu, petunjuk Allah bagi melalui mimpi. Dan dalam mimpi dia jelas menunjukkan seorang lelaki kacak. Tapi di samping lelaki tu ada seorang anak kecil yang dipimpin bersama. 

Wanita tu tak perasan ada maksud sebaliknya dalam mimpi dia. Lelaki yang disangkanya sebagai jodoh sudah mempunyai anak. Bererti dah kahwin. Ada isteri. Walaupun Islam benarkan lelaki kahwin lebih daripada satu, tetapi hidup bermadu bukanlah semanis MADU pun.

Menjadi yang kedua, mungkin tak ada masalah. Tetapi isteri yang pertama pastinya rasa hancur dan sedih tak terkata. 

Tidak pentingkan diri. Wanita solehah ni bertindak meletakkan diri dia sendiri dalam situasi jika dia yang menjadi isteri kepada lelaki yang hadir dalam mimpi dia tu. So, bila dia boleh faham perasaan yang bakal melanda wanita tu, dia terus tak jadi untuk meneruskan hasrat mendirikan rumah tangga dengan lelaki tu. Dia lebih rela berundur diri. Asalkan wanita sepertinya tak merasa derita.

Sepertimana kita tak mahu sesuatu perkara tu berlaku atau menimpa kita, seperti itu jugalah kita harus bertindak sewajarnya dengan tak melakukan perkara yang sama terhadap orang lain.

Sebagai seorang manusia yang beragama(tak kiralah apa agama yang kita anuti) , kita mesti yakin. Tuhan sentiasa melihat kita dan perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan juga.

Nikmat Allah tersembunyi, tapi tak bermakna tak ada.