follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Kehangatan SPM.
Semalam (Khamis) , aku dah mula trial. Jeng jeng jeng. Walupun subjek Sivik dan PJK ke, tapi kehangatan dan gentarnya nak SPM dah mula terasa. Tambahan pula, kali ni exam dekat dewan.

Exam kat dewan, itu yang tak bestnya. Kenapa? Kerana.... Semalam merupakan hari pertama murid kelas 5Sains1 bergembira dapat meja dan kerusi baru. Kenapa gembira? Sebab selama ni meja dan kerusi kami teramat sangatlah dangerous, boleh menyebabkan kematian kalau Hazirah yang terjatuh. Oppsss. K gurau je. hehe

Tapi dalam gembira ada sedihnya jugak. Masa kami ada class Chemistry dekat makmal , tiba-tiba ada student ni datang dan cakap "Korang semua turun bawah, Cikgu Karim nak jumpa.." Terperanjat semua warga 5Sains1 ni, dengan tak bagi salam, suka-suka suruh orang turun. Dan kami pun turunlah. Tahu-tahu je rupanya sebab nak alihkan barang. Kenapa alihkan barang? OMG sebab kami akan menjalani trial dekat dalam dewan. Dan yang akan merasa atau menikmati keseronokan meja baru tu sepanjang berminggu lamanya pulak budak-budak kelas EA. Dan yang akan merasmikan calarnya meja aku tu pun budak-budak tu lah kan? *****!!! Damn, sakitnya hati. Apa guna meja baru tu? Macam mana kalau Hazirah jatuh duduk dekat kerusi lama? Haha

Dengan sangat berduka cita, kami pun alihkan barang. Percaya pada diri dengan harapan dan keyakinannnn~ Sumpah heart broken k.

Dan exam kat dewan pulak, satu langkah jejakkan kaki di dalam dewan pula, tak lebih daripada hanya membuatkan stress aku sampai ke tahap maksima. Masya-Allah. Dah terasa dah macam mana gayanya kalau SPM sebenar nanti. 

Tambah stress lagi apabila aku punya tempat belakang sekali untuk kelas 5Sn1. Tepat di belakang aku ialah budak sains2, Shafrul. Eiiiii. Tak sukanya duduk belakang sebab rasa macam semua orang berhempas pulas jawab dan aku nampak semua perlakuan mereka. Cuak!

Hari Isnin ni baru mula segala tough subjek. Mula dengan BM, BI, Agama, Math dan lain2. Biologi last sekali. Harap dapat buat yang terbaik.

GTG. Assalamualaikum. :)