follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Berperang Dengan Jiwa Sendiri. #Jihad
Aku seakan tidak boleh menerima segala tekanan yg terpaksa aku tempuhi. Aku sedar aku harus tempuh juga, mahu tak mahu. Namun, jiwa ini selalu pinta untuk dilepaskan daripada segala tekanan. Otak seperti merayu untuk berhenti diperah. Tangan seakan menangis, pinta dilepaskan daripada menggenggam objek keras berisi dakwat. Mata seakan marah kerana dikerah melihat tulisan, bujur lonjong bulat. Serabut!

Tapi aku terpaksa juga. Tiada erti rehat. Tiada erti menarik nafas. Sesekali aku terasa seolah-olah tulisan menari-nari mengejek si bodoh yang cuba meraih ilmu daripadanya. Akulah si bodoh itu. Menyelak muka surat demi muka surat, cuba memahami sesuatu yang sukar difahami. Berhenti. Tutup buku. Menangis. Kenapa aku tak ditakdirkan menjadi orang yang pandai?

Sesekali terbayang di fikiran, berlegar di angkasa minda. Sebilah pisau tajam memecahkan nadi di tanganku. Meleleh darah, mengalir air mata. Pantas wajah ayah dan bonda mengembalikan aku. Suara garau ayah memujuk aku terngiang-ngiang di telinga. Wajah bonda terbayang. Bonda melahirkan, membesarkan, membelai aku dengan kasih sayang, menyuap aku dengan tangan kasarnya. Dia wanita tabah yang ingin aku banggakan, bukan sebaliknya. Tidak, aku tak sebodoh itu. Astargfirullah. Kalimah Allah datang menginsafkan aku. Ampunkan aku, Ya Allah. Jiwaku kini lemah, rapuh bak kayu yang diratah anai-anai. Hancur.



Aku tersenyum, tapi amatlah dusta. Hatiku menangis, siapa yg tahu? Batinku mengerang kesakitan, dadaku sesak, pedih, geram dengan segala perasaan yang bermaharajalela ini. Hidup aku, tak semanis yang lain. Tawaku tak seriang mereka. Betapa susahnya nak senang. Senangnya nak susah. Hampa.



Setiap pagi aku bangun tidur dengan nafas seram. Kerja segunung tingginya tak pernah siap. Mata berkelip, melihat jam berdetik. Sekejapnya mas berlalu! Sesampai di sekolah, beg dibaringkan di atas medan tar, tapak perhimpunan. Mulalah tangan menari rentak rancak memenuhkan segala ruang kosong. Mata terbeliak melihat sekeliling. Masa dimanfaatkan sepenuhnya tanpa menghiraukan telatah manusia sedunia.

Di kelas, punggung dilabuhkan di atas kerusi. Sakit. Kerasnya kayu. Mata dipaksa juga buka walaupun mengantuk. Badan ditegakkan meskipun hati ingin saja tidur. Otak pusing, lagu apa sajalah yang dinyanyikan oleh wanita berbaju kurung ni? Kenapa pula marker menjadi mikrofon? Pappppp!! Tersentak. Ya Allah, jauhnya aku melayang.

Motivasi demi motivasi , ibarat kaca yang membelahkan dada aku. Tiada lagi yang mampu melonjakkan semangatku. Aku cuma belajar semampu aku, berperang sekuat aku. Berjihad dengan cara aku. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.