follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
1# SCHOOLAHOLIC
*via tumblr

Sepantas mana pun aku berlari, sebesar mana pun kaki aku melangkah, apa yang nak kugapai ; tetap jauh. Tangan terkapai-kapai cuba mencapai walaupun jauh di sudut hati aku sentiasa sedar apa yang aku lakukan cuma buang tenaga. Mungkin juga buang masa.

Sakitnya terjatuh cuma aku yang rasa. Bagiku, aku cukup kuat untuk menahan rasa sakit terjatuh itu. Tetapi aku tak pasti aku masih bisa menahan rasa sakit melihat raut kecewa wajah ayah dan bonda. Sungguh, jiwa aku terseksa. Bayangan buruk berlegar merisaukan aku.

Ada masanya aku berfikir tentang masa depan. Yang sepatutnya aku sudah fikirkan bertahun-tahun yang lalu. Oh masa depan, andai aku tahu apa yang terbaik buatku. Andai aku boleh lihat mendung atau cerah cuaca masa depanku. Pening dibuatnya.

"Madu daripada ilmu yang susah" . Memang pepatah pun ada tercatat, bukan senang nak senang, amat senang nak susah. "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian." Memang benar kata pepatah. Duh mungkin aku yang kurang sabar.

Kini aku cuma berharap semangat aku tak pernah patah. Selagi ada kudrat dan izinNya, aku akan mencuba. Bangun walau aku gagal. Senyum walau aku sakit. Lari walau tanpa kaki.

Tabahkan aku, ya Rabb. Moga SPM sebenar lebih baik daripada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun ini. Ameen.

Kenangan semasa di hostel Tun Aminah, Universiti Tun Abdul Razak Malaysia(UTHM). Me dull face, with Munira.