follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Life is Not A Lie.


Hi and Assalamualaikum dear bloggers. Dah lama sangat rasanya Fatin Nabila ni tak update blog kan? Entah-2 tade sape pun perasan Haha. K never mind. *mencebik.jpg* - Lupakan semua tu. Yang penting, hari ni Fatin kembali dengan post yang baru. Post yang tertera gambar anime Jepun yang tidak asing lagi, Doraemon. Harharhar. Kenapa tetiba? korang akan tahu nanti :)

I can still remember, masa kecik-2 aku paaaaaaling suka tengok cerita ni. Lagi-2 lagu dia. Walaupun tak dapat ikut betul-betul sangat, aku still nyanyi. Paling tak boleh bla, part AN AN AN tu mesti yang paling kuat aku melalak. K berdekak teringat time tu. *Sakainya aku masa kecik xD

K. Masa kecik, kita seronok je kan tengok Nobita yang lembik tu selalu ditolong oleh Doraemon, robot kucing yang tak serupa macam kucing Haha. Pastu Nobita nampak hebat, cerita kat kawan-2 dia konon dia hebat, padahal atas usaha orang lain. At last, Nobita akan dapat masalah sebab kedegilan sendiri. Lepas tu atas nilai setia kawan Doraemon tetap bersusah-payah membantu. Then, Nobita selamat. Kita pun seronok jew.

Baru-baru ni (sabtu lepas) aku dapat peluang tengok doraemon setelah sekian lama. *Haha sedih tak? sedih tak? Entah kenapa tetiba aku terasa perangai Nobita ni sebijik betul dengan perangai kawan aku, Joyah ni. Tapi adalah beza sikit sebab Joyah ni hidup kat dunia realiti, Nobita pulak fantasi, tak wujud. (Walaupun masa kecik aku sentiasa berharap Doraemon wujud depan mata Haha)

K cerita pasal Joyah ni balik. Sebenarnya Joyah ni kawan aku, kira baik jugak lah. Dah lama jugak aku kenal dia. Sebab dah lama kenal lah tu, macam-2 perangai dia aku tahu. K, mungkin aku jahat tapi to be honest, perangai dia teruk sangat sampai tahap gaban gila aku tak boleh tahan , dan sebab tu juga aku tertulis kat dalam blog kepercayaan aku ni pasal dia. (Kira untung jugak lah dia sebab aku tulis pasal dia kat sini kann)

Joyah ni bukanlah teruk mana perangai dia melainkan suka spread cerita tipu. Almost all of his/her story nak mengisahkan pasal betapa hebatnya dia. To make people impress. Kononnya semua benda dia ada dan dia perfect. Mungkin dia tak tahu yang nobody perfect. Kesian dia. Kesian sangat. Perasan tak, penting jugak untuk ingatkan diri sendiri bahawa sesungguhnya nobody perfect even ourself? Kalau kita tak ingat, impaknya kita sentiasa rasa nak jadi perfect meskipun caranya salah. Tak salah nak usaha jadi serba boleh, tapi bukan dengan cara menipu untuk kelihatan gah. Life should not have any lies. Lies in life, Lies your life. (Quote by Fatin Nabila. Kalau tak faham, buat-2 faham sudah la Ngee)

The most thing yang aku tak tahan, Joyah ni sanggup tipu kononnya darah daging dia sendiri sanggup menyakitkan fizikal dia tanpa sebab munasabah. Kononnya parents dia jenis yang kaki pukul. Hok yang ni aku sangat sakit hati mendengarnya. I think I knew his/her parents well, they've been very sweet and concern, tak nampak macam sanggup pun nak buat macam tu. Memang lah kalau bapa tu lumrah sikapnya tegas dgn anak-2. That one can't be denied.

Joyah ni jugak kekadang cerita kat orang yang dia ada beli satu benda ni. (benda yang photographer selalu ada) Korang tahulah apa dia kan? Haha. Saja tak nak cakap directly. Hem, tapi dia cakap aje. Bila suruh bawa, tak nak pula. Alasan, "malaslah...". Oh dear, kalau tak ada tu macam-2 lah. Korang cuba fikir secara logik, kalau korang ada handphone (dan tak menjadi satu kesalahan kalau korang bawa) , korang nak ke pinjam orang lain punya? Dengan susah payah, minta pinjam benda tu daripada orang lain? Seriously, kalau aku, aku tak nak. Baik aku bawa aku punya sendiri. =.=

Dan macam-2 lagilah perangai yang tak sepatutnya. Tak masuk cerita pasal lelaki. Kalau boleh semua orang fall in love dengan dia. Fuhh. Aku pun malas dah nak tulis, meluat sangat. Disebabkan dia kaan aku, aku sentiasa berharap dan berdoa agar hati dia terbuka untuk berubah. Sudah-2 la menipu tu Joyah. Aku dan kawan-2 kau yang lain tu tak ada lah bodoh mana, mungkin ada sorang dua yang bodoh tapi tak semua okayy.

Cerita ala ala drama kau tu dah tak laku dah weyy. Bawalah bertaubat. Kembali ke jalan yang benar. Kfine, aku tadelah baik mana nak nasihat suruh orang berubah kan? Aku mengumpat kau kat sini. Untuk itu, aku pun tadah tangan berdoa kat Allah, mohon satu hari nanti aku diberi keberanian untuk menegur kau. Meskipun aku tahu, bukannya senang nak nasihat kau. Kau bukannya reti terasa. Huh "=,=

Baiklah. Tamat kat sini. Aku nak makan. Lepas ni nak buat Homework. Rasa lega sikit hati yang membara ni lepas luahkan semuanya kat sini. *Walaupun agak keterlaluan. Okay, minta diri dulu. 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :)

 The End.