The Admin :)
Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!
Tagboard
Leave Your Footprints Here ! Credits
Big Claps © 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.
| Welcome and Hi
Assalamualaikum.
Harap masih belum terlambat lagi nak ucapkan tahniah dan selamat datang kepada
bakal mahasiswa/i USM Kampus Kejuruteraan! Jangan risau, korang buat pilihan
yang tepat, In Sha Allah!
Tiba-tiba
rasa macam nak flashback balik time aku dulu-dulu. Hehe
Aku dulu
belajar kat matrik Negeri Sembilan. Masuk matrik dulu pun tak tahu sebab apa. Mungkin
sebab nak lari daripada plkn kot. Hahahaha
Mesti berdebar
menanti result kan? Sama ada dapat ataupun tak dapat. Kalau dapat
Alhamdulillah. Tak dapat cuba buat rayuan lagi. Kadang-kadang Allah tangguh
sebab nak bagi yang lebih baik.
Masa aku
dulu dapat 2 tawaran. Memang berlinang jugak la air mata. Mana taknya. Masa kat
matrik dulu aku dimomokkan dengan cerita kononnya lepasan matrikulasi ni susah
dapat tawaran mana-mana kalau pointer bawah 3.50. Dan pointer aku pulak memang
genap-genap 3.50.
Pilihan yang
aku terima ialah UPM dan USM. UPM course alam sekitar while USM pulak course
polymer engineering. Berbelah bahagi dibuatnya sebab usm kat penang, jauh
sangat dari jb. Tapi aku ambil nasihat lecturer matrik dulu, pilih kursus kita
nak sebab itu yg kita akan belajar utk 4 tahun dan itu jugak la bidang
pekerjaan kita nanti (walaupun biasa kita dengar orang lain bekerja bukan dalam
bidang yang dia belajar). Huhu
Alhamdulillah
bila dah tetapkan hati nak pilih USM, aku tak nak patah balik lagi dah. Permulaan
tu semua berjalan dgn lancar. Cuma urusan medical checkup je yg banyak
menyusahkan hidup aku. Semua gara-gara salah maklumat yg diterima dari senior
ppsl(fasi). Tapi tak boleh salahkan dia, mungkin time dia tak sama dgn time aku
procedure dia.
So untuk
bakal mahasiswa/i USM Kejuruteraan, korang cuma perlu pergi klinik minta surat
doktor utk buat x-ray dan tak perlu report doctor utk x-ray tu. (report doctor tu
yg menyebabkan kena bayar berpuluh ringgit sebenarnya, so aku dah membazir kat
sini.)
Apa yg menarik kat usm kejuruteraan
ni?
Student dia
semua cool. So do the lecturers. Kat kejut (singkatan utk kejuruteraan) sempoi
je takyah nak pakai lawa-lawa pergi kelas. Pakai seluar panjang, tshirt
muslimah, sneakers ß dah paling lawa la ni, hahhaha.
Second thing
yg paling menarik ialah ROTU Airforce(palapes
udara). Hanya ada di USM Kejut. Kenapa aku kata airforce menarik? Sebab latihan
dia semua kat kejut. Tak memerlukan kita bersusah payah packing barang then
naik bas pergi USM Induk macam palapes darat, hehe. (bunyi macam promote je
kan). Join palapes ni ada baik dan buruk dia. Tapi kalau yg buruk tu kalau
pandai overcome, tak akan jadi masalah sebenarnya.
Baik buruk palapes udara usm
kejut.
Pertama yang
baiknya ialah dapat desasiswa
sepanjang 4 tahun pengajian di usm. Nak menyewa kat luar mahal. Baik bayar sewa
desa yang tak seberapa tu kan.
Kedua yang
bestnya dan yang paling semua orang suka ialah dapat elaun. Elaun banyak. Serius boleh menyimpan siap boleh bagi
kat parents feeling-feeling macam dah bekerja pulak kan.
Ketiga,
start tahun ni unit utk palapes dah dinaikkan menjadi 10 unit! Hmm yg ni a lil bit disappointing utk aku sbb aku pun dpt
9 unit ja. Junior yg baru masuk dapat 10 unit terus. Korang mesti rasa macam tak
ada pape kan? Senior korang dulu dapat 6 unit je tau. 10 unit ni sgt membantu. Sangat!
Trust me! (ni semua atas usaha keras dr. azizan yg bertungkus lumus usulkan
perkara ni ke pihak atasan dan mendapat perhatian.) Ada satu hal je lagi yg
masih in progress which is gelaran pangkat disebut semasa konvo. Ni kalau dapat
ni memang superbly awesome wa cakap sama lu.
Dah berjeler
cerita yg baik kan, yg buruk dia apa pulak?
Perkara yg buruk ni kau akan dengar terlalu banyak daripada anasir luar yg tak join palapes pun
tapi cuba nak cerita macam la diorang join palapes. Err macam emo sikit
bunyinya kan. Hahaha tak lah chill. I’ll tell you the true story.
Apa yg
orang luar nampak kami buat ialah lari keliling usm sambil nyanyi macam kena
dera. Kadang-kadang kena bawak bagpack and pakai drill boot. Apa yg sebenarnya
berlaku ialah kami diberi latihan supaya menjadi lebih fit. Kalau tak fit nanti
diri sendiri jugak yg merana. Latihan ni semua bukan saja nak bagi penat
ataupun dera sebaliknya ada rasional yg tersendiri. Jurulatih tak akan paksa
lebih dari kemampuan kadet tu.
Dan apa
yg orang luar nampak kami buat ialah hari sabtu ahad time diorang semua lena
tidoq, kami kena bangun awai sebab ada latihan tempatan(bergaji ok, tido tak
dapat gaji uols). Sabtu ahad orang lain buat assignment(kononnya laa) tapi kami
tak ada masa utk buat assignment, kami ada latihan sehari suntuk bermatian
mandi peluh. But apa yg diorang tak tahu, kami sebenarnya tak buang masa sabtu
ahad lepak atas katil macam pemalas sebaliknya kami pergi latihan yg membentuk
jati diri kami. 5 hari straight dah study, 2 hari ni la nak release tension
masa latihan. Perkara yg paling seronok bagi aku masa latihan ialah dapat jumpa
dengan skuad dan tempoh semua benda sama-sama. (korang tak akan paham ni selagi
korang tak join palapes, true story.)
Selain tu,
ada juga rakan-rakan yg menganggap palapes ni ada isu ikhtilat sebab bercampur
lelaki dan perempuan. Sebagai seorang muslimah, aku pun tak mengaku aku ni baik
cuma soal ikhtilat dalam palapes ni tak berapa wajar sebab diri kita sendiri yg
sepatutnya tahu pasal batas dan jaga maruah sebaiknya. Masa latihan buat ikut
apa yang Allah suruh dan tinggalkan larangan Allah. That rules apply in our
daily life. Tak semestinya time palapes je kan. So bijak bertindak.
indahnya kejut kan. Biasanya kalau aku update blog, aku selalu harap orang tak akan baca sebab aku merapu. But this time aku seriously harap sangat ada orang yang baca. Penat type tau (izzit sounds pathetic sangat? Hahaha)
OKAY, Last but not least, SELAMAT DATANG!
salam sayang daripada #thenabilacomel *insert muka senyum lebar sampai ke telinga*
|