follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Study week
31 Mei 2016

Pukul 9.30 pergi library. Acah rajin nak study transport. Sampai2 kat library baca nota rubber jap pastu tak ada mood nak start study transport. So decide laa nak study TITAS. 

Melangkah la keluar dari library tu dengan pasrah sebab nota titas ada kat laptop. 

Sebelum balik makan sama2 dengan Jannah kat kafe staf. Tak ada selera tengok nasi pastu makan pasta. Rasa tah pape tapi telan je laa, nasib baik ada ayam guring hihi

Dah sampai bilik terus teringat nak mintak pensel aku kat Akhmal, coursemate. Kejadian bila study group ni ada saja barang kita yang akan berhijrah ke pencil case orang lain. Tu yang paling aku tak suka.

Akhmal reply ws and aku dah happy semacam nak ambil balik pensel aku tu. Susah kot buat kirije tanpa pensel hikmat tu, hehe. Tapi Akhmal tiba2 mintak tisu. EHH BUDAK NI.

Memang dia jenis selesema teruk pun sepanjang sem ni. Sepanjang sem k. Aku tak paham kenapa dia susah sangat nak makan ubat. Malas katanya. Dah tahu resdung teruk tu. Pelik la lelaki ni. Jannah siap dah offer ubat resdung dia nak bagi kat si Akhmal tu tapi Akhmal acah-acah pemalu nak terima. Hahaha. Ni mintak tisu kat aku tak segan pulak ek? Haishh macam2 perangai remaja zaman sekarang ni.

Sayang nak bagi tisu poket aku banyak2 kat dia, senang cerita aku bagi dia tisu kotak terus. Hahaha padan muka, usung la tisu kotak tu kalau rasa nak guna tisu kat mana2 pun ea, Mal. Huhuhu

  .....

Ni aku cadang nak study berjam-jam tapi end up melayan facebook, twitter, youtube and blog. Apa tah masalah aku ni kan. Nota sentuh sikit pastu lagha balik. Sentuh sikit, buat benda lain lagi. 

Weyyy kenapa dengan aku ni????

Like seriously bila tah start jadi serius dan study rajin-rajin. 

Sekarang ni dah hari Selasa dah pun. Kurang 6 hari je lagi nak jumpa dengan hari Isnin dan final exam akan start.

Tengok jadual exam hati dah berdebo dah, tapi malas jugak. Ngek kan Nabila ni. Haishh

6 Jun - EBP212 (3 jam)
7 Jun - EBP204 (3 jam)
8 Jun - HTU223 (2 jam)
11 Jun - EBB215 (3 jam)
13 Jun - EBP207 (2 jam)
17 Jun - SHE101 (1 jam)

Kat kepala sekarang ni dah bayangkan nak balik rumah je. Walaupun perancangan masih tak tetap nak balik naik apa tu. Kejap nak naik bas, kejap balik dengan hmm. Malas nak fikir. Bilik pun tak kemas lagi. Barang bawah katil je dah clear. Barang kat meja study dengan locker still tak berusik. 

Tak rasa macam nak kemas pun. Rasa macam nak sumbat semua barang tu dalam satu beg plastik besar pastu humban dalam stor tu je. Wakaka k anak dara punya perangaiii Hahaha


Dah asar dah ni. Haihh sekejap je. Tinggal malam ni je nak habiskan study titas pastu esok nak start study transport pulak.

T^T