follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Special Post ~~~
May 28, 2016 - 1.23 am.

Jadi manusia ni kita selalu ada beribu sebab kenapa kita pilih untuk melalui jalan hidup yang kita sedang harungi sekarang.

Contoh, kenapa kau pilih untuk sambung degree dan kenapa kau pilih USM KKj ni sebagai tempat kau menuntut ilmu?

Kenapa aku pilih untruk sambung degree?
Aku nak buat mak ayah aku bangga. Tu sebab aku lah. Sebab kau mungkin lain.

Kenapa aku pilih USM?
Sebab USM tawarkan jurusan polimer. Walaupun masa tu masih blur2 bidang tu macam mana tapi aku tahu la kalau polimer ni akan kerja kat mana ( kerja kilang hee )

Sekarang ni dah tahun kedua, sem kedua. Dah start study week dah pun, apa patut aku rasa lagi? Masih perlu ke sebab untuk teruskan perjuangan ni? Rasanya tak perlu dah kot. Selama 2 tahun...takkanlah masih tak jelas apa yang kau harapkan daripada susah payah belajar, bangun pagi pergi kelas, tidur tunggang -langgang sebab siapkan assignment last minutes, hahaha

Sekarang ni kita dah sampai dekat point yang kita kena rempuh je apa yang ada kat depan. Tapi bukan rempuh dengan mata yg tertutup. Rempuh pakai otak yg bijaksana (yg Allah dah kurniakan ni) dan mata yg celik.

Beza orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya tu cuma la cara dia rempuh perjalanan hidup dia. Kadang tu kekuatan fizikal bukan faktor utama pun. Tapi mental mmg kena kuat.


Nisa Azalin, 

Honestly, I'm not the right person to motivate you sebab aku pun lebih kurang macam kau jugak kot

Tapi sebenarnya kau boleh buat lebih dari yang kau rasa kau mampu. Masih ada masa untuk perbaiki apa-apa yang kurang.

Dalam tempoh seminggu ni cuba la disiplinkan diri. Set masa belajar berapa jam, main hp berapa minit, makan berapa minit, dan sebagainya (Aku pun akan try buat benda yang sama)

Kalau kau rasa tak motivate jugak dengan post aku ni, cuba la kau fikir masa depan pulak. 

Kalau Yuna tu belajar law pastu jadi penyanyi semua orang impress. Kau pulak belajar engineering tapi jadi ostajah bagi ceramah pung pang pung pang kat serata dunia macam Yasmin Mogahed. Serius weh yang macam ni baru orang patut impress. Aku memang teringin gila nak cakap kat anak-2 aku, "ini laa member mak masa belajar degree sama-2 dulu, dia jadi ustazah dah sekarang. Hebat kan dia?..." Hahahaha

Kau tak teringin ke weh?

Bukannya aku suruh kau jadi ustazah sebenarnya, cuma jadi orang yang berjaya je la. Kalau dah berjaya tu jangan lupa aku, harapnya. Hihihi



Akhir kata, selamat maju jaya dan byk2 la doa supaya kau, aku dan orang lain semua berjaya bukan setakat kat dunia yang sementara ni malahan kat akhirat nanti jugak.

Jangan give kay?

Terus melangkah.

Lillahi Taala.