follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Maaf

RING RING RING TUTTT TUTTT TUTTT ~ ~ ~

Menyanyi-nyanyi riang bunyi alarm aku. Tapi sikit pun aku tak larat nak bangun. Konon ingatkan nak bangun awal sebab Isnin pagi ada kelas bahan polimer dan ada group assessment pasal crystallinity.

Sudahnya aku bangun lepas dengar roommate bangun subuh je. Memang aku tido mati la gamaknya malam tadi. Hati ni merungut separuh tapi dalam masa yg sama syukur jugak sebab kurang sikit rasa mengantuk. Maklumlah, Isnin tu pulak aku start kelas pukul 8. Early in the morning dan kelas bahasa inggeris. Haduiii semangat aku selalu melayang time kelas tu. Kadang tu aku jeling kat jam dinding lebih dari 10 kali dgn harapan cepat la masa berlalu. *sigh 

Latihan palap minggu lepas betul-betul uji fizikal aku. Mana taknya, dah xde istilah jogging dengan pakaian pt(baju sukan biasa). Skrg ni pakai half no 4 dgn kasut spike je. Kaki aku pun belum hilang sakit. Tapi tak boleh nak buat apa, kali ni punya annual camp kita target nak improve kan. So kena la kuat sikit latihannya. 

Ironinya, aku hilang mood utk dtg latihan bukan sebab penat atau sakit badan macam selalu. Tapi sebab manusia.

Kalau kau jadi aku, apa yang kau akan rasa bila kau kena marah dgn skuad kau depan junior kau sendiri sedangkan kau tengah bercakap dalam situasi yang memang memerlukan kau utk marah. You know what I mean right? (My ego forces me to speak)

Kita memang kena bertindak bijak. Tapi bila kena marah utk tunjukkan ketegasan, kena la jugak marah.

Tolonglah faham. Definisi marah aku bukannya menjerit-jerit sambil suruh junior tu buat side roll pun.

Cuma tanya dengan nada suara yang tegas.

Sedihnya perkara ni gagal difahami oleh skuad aku sendiri. Skuad aku sendiri. Yang macam keluarga aku tu.

Serius aku kecewa.

Sampai sekarang ni pun rasa kecewa aku masih tak hilang.

Malangnya dia langsung tak faham apa salah dia.

Dia gagal muhasabah diri walaupun dia sedar aku tarik muka dan tanak bercakap dgn dia.

Sebaliknya dia yang datang dekat aku tanya kenapa aku tarik muka macam tu. Macam dia tak ada buat salah pulak

Katanya aku dah buat dia rasa macam nak drop sebab skuad sendiri main tarik muka.

Aku nak tanya kau, salah aku ke buat kau rasa macam tu?

Aku harap kalau satu hari nanti aku mati, dia akan baca blog ni dan ingat balik apa salah dia.

Jujur, aku sakit hati tapi tak ada la sampai membenci

Aku cuma masih cuba pujuk diri aku sendiri untuk terima setiap orang perangai tak akan sama

Tapi entah kenapa hati aku betul2 bengkak teruk kali ni dan susah nak terima kau balik illya

Sorry.