follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Kucing.

Sejak kecil lagi, aku memang suka kucing dan sangat berharap dapat bela kucing. Selalunya aku nampak kucing kat sekolah. Kebanyakan budak-budak yang nampak kucing lalu je, terus diorang buat bunyi "meow" untuk panggil kucing tu. Ada juga dalam kalangan kawan aku yang obses sangat dgn kucing sampai jerit-jerit comelnya comelnyaaaa. Hahaha. Bila ingat time ni memang kelakar lah. ;)

Disebabkan aku tak pernah pun bela kucing, jadi aku hanyalah individu yang lebih selesa lihat sahaja kucing itu (daripada jauh) . Walau comel macam mana pun, aku tetap tak berani nak datang dekat, apatah lagi sentuh kucing tu. Bukan sebab geli, tak! Tapi sebab takut. Aku seram bila kucing tu bergerak dan pandang muka aku. Hehe

Whatta CUTE kitten ! Awwwww <3

Bila dah besar ni, keinginan untuk bela kucing tu semakin bertambah. Namun apakan daya. Mak aku tak pernah izinkan. Kadang-kadang aku naik hairan, apa pasal lah mak aku ni tegas betul melarang kalau bab kucing ni. Tapi fahamlah aku bila kakak aku cerita sejarah mak aku dan kucingnya. Haha. Mak aku pernah kehilangan kucing kesayangannya. Bukan sebab mati. Tapi dia sendiri terpaksa buang sebab kucing tu makan ayam. Ishh ishh. Tragis sungguh~ Hahaks XD

Kenapa kucing ni special?

Rasanya semua orang pun dah tahu. Kucing ialah haiwan peliharaan Rasullullah S.A.W. Haiwan kesayangan baginda. Nama kucing Rasulullah ialah Mueeza. (Haih tak mainlah Si Comel kann. Haha) Pernah satu ketika baginda nak mengambil jubahnya, Mueeza sedang tidur atasnya. Baginda tak sampai hati nak membangunkan Mueeza jadi baginda potong bahagian lengan yang ditiduri oleh Mueeza. Subhanallah! 

Selain itu, otak kucing pula dari segi biologi lebih mirip kepada otak manusia. Malahan pada otak kucing, ada satu kawasan yang sama dalam otak manusia yang bertanggungjawab untuk emosi! Haaaa sebab itulah kucing mampu tenangkan hati tuannya. Dan sometimes kucing seolah-olah faham apa yang kita kata. Pernah tak kita halau kucing waktu dia minta makanan? Perasan tak mata dan muka kucing tu menunjukkan dia sedih? Huuu *kesat air mata*



Sweetnya PM kita yg tweetfamous ni bersama kucing. Hehe ^^
Perlu ditegaskan juga, kucing ini bukan najis. Rasulullah S.A.W sendiri pernah berwudhu' dengan air yang telah dijilat oleh kucing.

Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

*Mungkin sekarang aku belum berpeluang membela kucing. Tapi mana tahu satu hari nanti ada rezeki, dapat bela kucing! *wink* In sha Allah :)))