follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Chia Chee.


Isnin – 22 Okt. 2012 – Kejadian memalukan . PALING memalukan, mungkin.

Hari ni kelas tambahan Chemistry dirampas secara mutlak oleh Puan Rogayah , cikgu BM kelas aku. Jadi secara rasminya, pukul 1.30 t/h mula kelas BM di bilik ICT bersama Puan Rogayah. Mula-mula aku banyak main-main je, duduk sebelah Dayahbu kan. Mana tak , madah berdekak. Disebabkan bosan tak nampak tulisan kat screen kat depan , jadi aku menggerakkan diri pergi duduk kat meja depan sikit. Terpisah lah sekejap dengan bu kite. Hehe. Tapi best sikit la dapat tengk tulisan kat depan. Sebab cikgu Rogayah revise komsas yg prosa tradisional tu. Banyak aku dah lupa. Fuhhh *SPM tak sampai sebulan je ni -,-

Kelas BM habis kira-kira pukul 3.30 ptg. Amat sangatlah bersyukur, sebab mula-mula cikgu cakap balik pukul 4.00 ptg! So, bersyukur tak? Cepat setengah jam tu. *Alhamdulillah* *Exhaled* Hehehe >.^

Sejurus keluar je Bilik ICT, aku pandang langit dan terlihatlah awan hitam dan mula menyelubungi sebahagian besar langit. Dub dab dub dab. “Tolonglah jangan hujan dulu, aku nak singgah kedai buku dulu ni. L”

Then, aku memecutlah pergi Setia Tropika (kedai buku) . Tanpa toleh kanan kiri tau (eh tipu jee). Sampai kat satu traffic light, aku berhentilah sebab lampu merah. Aku terperasan masa aku lalu sebelah kereta warna grey ni, orang dalam kereta tu macam pandang aku. Tapi aku tidakkan ajelah, mungkin perasaan aku je. Aku kan kena focus tengok traffic light tu, kang tak pasal2 hijau, kena hon pulak dengan kereta belakang. Dah la kereta belakang tu besar. (For sure lah kereta lebih besar daripada motor aku tu kan? Hehhe)

Sekali lagi kereta grey ni buat aku cuak. Dia kedepan kedepan pulak. Muka driver dia betul2 tepi pinggang aku. Eh dalam hati ni berdebar je, ‘’nak toleh ke tak?’’. Last2 curious punya pasal aku toleh jugak. Bila aku tengok muka driver dia, dalam hati aku “Perempuan cina?” Memang sah2 la tak kenal, tapi dia senyum2 macam ketawa kecil. “Apesal pulak agaknya?”  Lama jugak la aku pandang muka dia, pastu tiba-tiba aku terasa macam muka dia familiar. Dia pun senyum, kali ni betul2 pandang muka aku, dan dia besarkan sikit mata dia yang agak comel tu. Dannnnnnn, barulah mata aku tertoleh kat orang sebelah dan tempat duduk belakang. Budak comel lambai2~ Lahhhhh , Chia Chee rupanya!

Comelnya muka Chia Chee tu buat aku melting sampai tiba-tiba traffic light dah hijau dan kereta yang lebih besar daripada motor aku tu dah start jalan. Tak macam terkejut beruk pulak kan! Terus lah aku press dan tak toleh ke Chia Chee lagi. Aku cuma tergelak sorang je masa memecut tu, lantaklah kalau orang fikir aku gila. Buat malu je.

Haih Chia Chee. Tolonglah jangan buat macam tu lagi. Runtuh iman aku. Tu tak apa lagi. Tapi kalau kereta tu langgar aku…,tak ke bahaya tuu? Muka comel sangat pun susah wahai Chia Chee. Dah la lambai2 , senyum paling cute dia bagi kat aku kauuu. Hahhahaha :D


Above ; Haa tu gambar Chia Chee nya. Gila tak comel? Comel gila kut. Lulz~

*Sesiapa yang baca post ni tolong jangan beritahu Chia Chee yang aku cakap dia comel. Dan tolong jangan beritahu dia aku curi gmbar dia kat fb. hehe ^.^''