follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Ayuh! Tingkatkan ibadat sunat! ^_^

Assalamualaikum. 
Kesabaran aku sekarang ni agak teruji dek kerana line yang sangat slow. *sabar Fatin, Allah sentiasa bersama dengan orang yang bersabar. -______-

Hari ni pergi sekolah teramat sangat bosan. Walaupun takde exam, aku datang jugak sebab memikirkan mungkin akan dapat result final exam. Sejujurnya, aku tak le excited sangat nak dapat result, sebab tahuu dah mesti teruk. Haha. Cuma sebab takut cikgu pulangkan paper, jadi tak nak lah menyusahkan orang lain ambilkan kertas untuk aku. *konon macam tulaaa =.=

Tapi malangnya, tak dapat banyak pun paper exam. Setakat sejarah jea. Haiyaa. Tu pasai la bosan semacam. Duduk je, satu game pun tak bawak. Takde ape nak main atau buat. Buku, hahhh aku tak rajin nak baca. Hehe. >_^

Pastu balik sekolah, lepas dah sudah solat zuhur , aku masuk bilik. Macam biasalah , nak meluruskan badan sekejap. #sekejapkah? Haha. Tgk je hp, ada msg hamba Allah ni. Aku pun reply.

Yang msg tu pakcik keding Haha bukan nama sebenar. Ada salah satu text dia yang ajak aku puasa Sabtu ni. Aku pun agak bingung, puasa? Rupanya puasa sunat pada 9 Zulhijjah. Masya Allah, aku tak sedar masa dah berlalu. Alhamdulillah ada sahabat yang mengingatkan. #terimakasihencikkeding :)

Tapi, pakcik ni cakap dia lupaapa kelebihannya. So, aku pun terasa nak cari fadhilatnya. Dunia dah maju, maklumat di hujung jari kan? So , hasil pencariannya.

. . . . .

Puasa Sunat Arafah 9 Zulhijjah | Kelebihan Puasa Sunat Hari Arafah

Berdasarkan beberapa hadis yang sahih, berpuasa pada hari ‘Arafah mempunyai kelebihan yang  besar seperti di bawah: -
صيام يوم عرفه احتسب على الله ان يكفّر السّنة التي قبله والسّنة التي بعده
وصيام يوم عا شوراء احتسب على الله ان يكفّرالتي قبله
Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya;
“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya ” (HR Muslim)
-

Dari Qatadah bin An-Nu’man, beliau mendengar Rasulullah (saw) bersabda maksudnya;
من صام يوم عفرالله له سنتين, سنة امامه وسنة خلفه
“Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Arafah, nescaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.”(Dinilai sahih – Ibn Maajah, Shahih Al-Jaami’ Ash-Shagiir”)

Jadi, sebagai manusia biasa sudah menjadi fitrah dan lumrah hidup kita untuk melakukan kesilapan. Jadi for sure, mesti kita ada buat dosa sama ada sedar atau tak. Dosa besar atau kecil. 

Ayuh, rebut peluang untuk berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah ni ! InsyaAllah , Allah akan terima ibadat kita jika ikhlas. :)

Labels: