follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Welcome and Hi 
Assalamualaikum. Harap masih belum terlambat lagi nak ucapkan tahniah dan selamat datang kepada bakal mahasiswa/i USM Kampus Kejuruteraan! Jangan risau, korang buat pilihan yang tepat, In Sha Allah! J

Tiba-tiba rasa macam nak flashback balik time aku dulu-dulu. Hehe

Aku dulu belajar kat matrik Negeri Sembilan. Masuk matrik dulu pun tak tahu sebab apa. Mungkin sebab nak lari daripada plkn kot. Hahahaha

Mesti berdebar menanti result kan? Sama ada dapat ataupun tak dapat. Kalau dapat Alhamdulillah. Tak dapat cuba buat rayuan lagi. Kadang-kadang Allah tangguh sebab nak bagi yang lebih baik.

Masa aku dulu dapat 2 tawaran. Memang berlinang jugak la air mata. Mana taknya. Masa kat matrik dulu aku dimomokkan dengan cerita kononnya lepasan matrikulasi ni susah dapat tawaran mana-mana kalau pointer bawah 3.50. Dan pointer aku pulak memang genap-genap 3.50.

Pilihan yang aku terima ialah UPM dan USM. UPM course alam sekitar while USM pulak course polymer engineering. Berbelah bahagi dibuatnya sebab usm kat penang, jauh sangat dari jb. Tapi aku ambil nasihat lecturer matrik dulu, pilih kursus kita nak sebab itu yg kita akan belajar utk 4 tahun dan itu jugak la bidang pekerjaan kita nanti (walaupun biasa kita dengar orang lain bekerja bukan dalam bidang yang dia belajar). Huhu

Alhamdulillah bila dah tetapkan hati nak pilih USM, aku tak nak patah balik lagi dah. Permulaan tu semua berjalan dgn lancar. Cuma urusan medical checkup je yg banyak menyusahkan hidup aku. Semua gara-gara salah maklumat yg diterima dari senior ppsl(fasi). Tapi tak boleh salahkan dia, mungkin time dia tak sama dgn time aku procedure dia.

So untuk bakal mahasiswa/i USM Kejuruteraan, korang cuma perlu pergi klinik minta surat doktor utk buat x-ray dan tak perlu report doctor utk x-ray tu. (report doctor tu yg menyebabkan kena bayar berpuluh ringgit sebenarnya, so aku dah membazir kat sini.)

Apa yg menarik kat usm kejuruteraan ni? J

Student dia semua cool. So do the lecturers. Kat kejut (singkatan utk kejuruteraan) sempoi je takyah nak pakai lawa-lawa pergi kelas. Pakai seluar panjang, tshirt muslimah, sneakers ß dah paling lawa la ni, hahhaha.

Second thing yg paling menarik ialah ROTU Airforce(palapes udara). Hanya ada di USM Kejut. Kenapa aku kata airforce menarik? Sebab latihan dia semua kat kejut. Tak memerlukan kita bersusah payah packing barang then naik bas pergi USM Induk macam palapes darat, hehe. (bunyi macam promote je kan). Join palapes ni ada baik dan buruk dia. Tapi kalau yg buruk tu kalau pandai overcome, tak akan jadi masalah sebenarnya.

Baik buruk palapes udara usm kejut.


Pertama yang baiknya ialah dapat desasiswa sepanjang 4 tahun pengajian di usm. Nak menyewa kat luar mahal. Baik bayar sewa desa yang tak seberapa tu kan.

Kedua yang bestnya dan yang paling semua orang suka ialah dapat elaun. Elaun banyak. Serius boleh menyimpan siap boleh bagi kat parents feeling-feeling macam dah bekerja pulak kan.

Ketiga, start tahun ni unit utk palapes dah dinaikkan menjadi 10 unit! Hmm yg ni a lil bit disappointing utk aku sbb aku pun dpt 9 unit ja. Junior yg baru masuk dapat 10 unit terus. Korang mesti rasa macam tak ada pape kan? Senior korang dulu dapat 6 unit je tau. 10 unit ni sgt membantu. Sangat! Trust me! (ni semua atas usaha keras dr. azizan yg bertungkus lumus usulkan perkara ni ke pihak atasan dan mendapat perhatian.) Ada satu hal je lagi yg masih in progress which is gelaran pangkat disebut semasa konvo. Ni kalau dapat ni memang superbly awesome wa cakap sama lu. J

Dah berjeler cerita yg baik kan, yg buruk dia apa pulak?

Perkara yg buruk ni kau akan dengar terlalu banyak daripada anasir luar yg tak join palapes pun tapi cuba nak cerita macam la diorang join palapes. Err macam emo sikit bunyinya kan. Hahaha tak lah chill. I’ll tell you the true story.

Apa yg orang luar nampak kami buat ialah lari keliling usm sambil nyanyi macam kena dera. Kadang-kadang kena bawak bagpack and pakai drill boot. Apa yg sebenarnya berlaku ialah kami diberi latihan supaya menjadi lebih fit. Kalau tak fit nanti diri sendiri jugak yg merana. Latihan ni semua bukan saja nak bagi penat ataupun dera sebaliknya ada rasional yg tersendiri. Jurulatih tak akan paksa lebih dari kemampuan kadet tu.

Dan apa yg orang luar nampak kami buat ialah hari sabtu ahad time diorang semua lena tidoq, kami kena bangun awai sebab ada latihan tempatan(bergaji ok, tido tak dapat gaji uols). Sabtu ahad orang lain buat assignment(kononnya laa) tapi kami tak ada masa utk buat assignment, kami ada latihan sehari suntuk bermatian mandi peluh. But apa yg diorang tak tahu, kami sebenarnya tak buang masa sabtu ahad lepak atas katil macam pemalas sebaliknya kami pergi latihan yg membentuk jati diri kami. 5 hari straight dah study, 2 hari ni la nak release tension masa latihan. Perkara yg paling seronok bagi aku masa latihan ialah dapat jumpa dengan skuad dan tempoh semua benda sama-sama. (korang tak akan paham ni selagi korang tak join palapes, true story.)


Selain tu, ada juga rakan-rakan yg menganggap palapes ni ada isu ikhtilat sebab bercampur lelaki dan perempuan. Sebagai seorang muslimah, aku pun tak mengaku aku ni baik cuma soal ikhtilat dalam palapes ni tak berapa wajar sebab diri kita sendiri yg sepatutnya tahu pasal batas dan jaga maruah sebaiknya. Masa latihan buat ikut apa yang Allah suruh dan tinggalkan larangan Allah. That rules apply in our daily life. Tak semestinya time palapes je kan. So bijak bertindak. JJJ


aku yg kat tengah tu. jangan lupa tegur. hihik






indahnya kejut kan. Biasanya kalau aku update blog, aku selalu harap orang tak akan baca sebab aku merapu. But this time aku seriously harap sangat ada orang yang baca. Penat type tau (izzit sounds pathetic sangat? Hahaha)

OKAY, Last but not least, SELAMAT DATANG! 

salam sayang daripada #thenabilacomel *insert muka senyum lebar sampai ke telinga*