follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
The hurtest "Tahniah" ever.

  Fatin Nabila Ibrahim  ♥  

Pagi Jumaat yang begitu harmoni. Bergerak dari rumah seawal jam 6.30 pagi. Ibarat satu kejayaan bagi aku apabila melihat motor aku yang pertama di parkir motosikal. Yang lain semua menyusul kemudian. Aku yang paling awal. Jarang sekali. Haha


Langkah terus dipanjangkan ke tapak perhimpunan, di fikiran hanya ingat nak siapkan homework English yang tak sempat aku siapkan malam tadi. Mata liar mencari nombor 19 di atas jalan tar. Nombor di mana barisan kelasku berbaris. Papp. Punggung dilabuhkan, buku dikeluarkan dan tangan mencakar secantik mungkin.


Hadir seorang demi seorang menghulurkan tangan bersalaman. Rakan-rakan seperjuangan. Kali ini ada suara riuh walaupun masih pagi. Berita apa agaknya malam semalam sampai mereka ssemangat membicarakannya pagi ni, bisik hatiku. Aku kurang jelas, tapi ambil keputusan untuk tak hiraukan sahaja perbualan mereka. Homework dulu hoi. Kalau tak siap matilah.


Sampailah satu daripada sahabat aku menyapa dan tanya, "Fatin dapat PLKN?" Fahamlah aku, rupanya mereka kecohkan pasal ni. Sahabat aku ni tak dapat PLKN, tak puas hati betul dia nampaknya. Hairan seribu kali hairan. Kalau akulah, aku suka je kot kalau tak dapat. Buat apa nak pergi sana tiga bulan? Ei seram memikirkan tempat baru, kawan baru, makan minum, aktiviti lagi. Tak sanggup , tak sanggup.


Memandangkan aku belum semak lagi sama ada aku dapat atau tidak, aku antara orang yang paling tak kisah soal tu. Haha. Sampai aku terfikir , kenapalah excited sangat budak2 ni? Rilek jelah dapat ke tak dapat pun.


Dan mulalah aku berteka-teki sendirian. "Aku dapat ke tak ek?". Bila mendengar ramai betul yang TAK dapat, instinct aku mula mencarut mengatakan yang mungkin aku dapat. Maklumlah, aku ni dah terbiasa bertuah tak kena tempat. Hadeh. Rupanya kata hati aku benar sama sekali. Aku dapat PLKN. Betapa sakitnya dada melihat perkataan tahniah tu. AllahuAkbar. Walaupun aku tak berapa happy sangat, tapi aku bersyukur jelah. Bertuah, mungkin. Cuba untuk pasrah. 


Tak sabar rasanya nak mengadu dekat mak aku. Aku selalu cerita dekat dia aku tak nak PLKN sebab aku nak kerja, nak kumpul duit, nak beli itu ini. Dan dia juga selalu cakap, kalau tak nak mesti dapat. Mulut dia lah niyy yang masin, cittt. Hikhik. :D


Oleh kerana aku stay sebab ada kelas tambahan Add Maths, aku rasa lama betul kalau tunggu balik rumah baru cerita, Hahah. Mata dah jeling2 motor, nak balik tak ekk? Aku berlari ke public phone, masukkan coin 50 sen, dail nombor mak aku. Punyalah lama baru mak aku angkat. Dan bila aku beritahu je aku dapat PLKN, mak aku cuma ketawa. Serious tak membantu. "Okaylah tu kau dapat PLKN, nanti boleh kita jalan2 pergi hantar kau. Dapat kat mana agaknya.." Itulah respon dia. Alahai. Emak, emak. -,-


Dan balik rumah pula. Kakak aku si gemuk paling jahat menakut-nakutkan aku. Si keding pun sama je, tapi sebab dia keding, aku tengok zoom in, zoom out je (kecik besar kecik besar). 


That moment masa beritahu ayah paling best. Masa tu dia balik kerja tapi main2 kejap dengan Dayang. Aku pegang tangan dia ni, dua-dua belah. Muka dia pun kerut seribu, tapi layankan jelah aku buat apa pun. 


Aku cakap slow2, "Ayah, Fatin...dapat....PLKN! Huwhuwhuwwww ". <---konon menangis.


Ayah : Aaapa? Apa diaa? (See! Bapa aku terkejut, air muka dia pun berubah.)


Aku : (Ulang lagi sekali) Fatin dapat PLKN. *angguk angguk* *Lepas tangan*


Then, ayah tanya dapat kat mana, dia cakap "Eh, bagi email kat dia(dia tu PLKN), cakap jangan hantar jauh-jauh", ei ayah ni, macam laa boleh. grr. Kelakar pun ada ayah aku ni. Dia cakap pasal nak basuh baju sendiri lah, nanti Fatin kena bangun awal lah. 3 bulan tu lama lah. See, kan aku dah cakap, ayah had more love to me. Nobody seems care, tapi ayah always worried. Kehkehh~~~ Masa kecik2 time sekolah tadika aku masuk lumba lari pun ayah menangis (meleleh-leleh air mata, sebab tu mak aku pearasan) sebabnya dia kata macam tak sangka anak dia dah besar and kesian tengok anak dia lari panas-panas, takut jatuh. Haha, kan dah terflash back XD *over sudahhhh*


Hmmmm, walau macam mana pun, aku kenalah terima kenyataan aku bakal menjadi salah satu daripada pelatih PLKN. Dapat pegang gun kan? Eh bestnya! *tiba tiba* ==' Itu je punn yang aku suka :P


Haihh. :')