follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Bulan di pagi hari


Hari Isnin hingga Jumaat berlalu begitu sahaja. Tanpa sebarang bunyi, tanpa sebarang angin. Perasaan malas nak buat homework tetap menyelubungi diri. SPM diendahkan. Ketakutan ditepis. Perasaan gundah ditimbuskan.


Ibarat bulan di pagi hari, nama kau muncul di screen lappy hikmat ini. Sukar untuk aku percaya, tapi aku yakin, mata kurniaan-Nya ini belum pernah lagi menipu. Ku sisip, ku celikkan mata sebesar mungkin. Oh tidak. Ini tidak mungkin. Bunga-bunga di hati seakan gugur mencium bumi. Allah, apa maksud semua ini.


Akal menegakkan Jangan, namun hati rasa kasihan. Belas. Walaubagaimanapun, kau tetap kawan lama. Apa yang berlaku dahulu tidak patut diimbas. Mungkin aku yang terlebih mengingat, sedangkan kau lelaki yang tidak mungkin ada memori yang cukup kuat. Akal sembilan belum tentu setanding akal satu.


Niat hati diluruskan hanya kerana Allah. Berharap persahabatan ini kekal suci, diredhai-Nya. Takut pula hati dipesongkan syaitan. Teringat kata-kata bijak pandai, "Bukan mudah untuk meluruskan hati yang telah dibengkokkan oleh Syaitan". Astargfirullah. Handphone digenggam. Mesej masih dibiar tidak berbalas.


Masakan niat yang baik hendak diendahkan? Assalamualaikum dijawab dengan Waalaikummussalam. Itulah permulaan bagi segala-galanya. Tapi aku masih ingat, batasan-batasan perlakuan. Aku masih seorang Islam. Aku akan sentiasa meletakkan agama dihadapan setiap langkah yang diambil. InsyaAllah.


Kini, tanpa disedari Sabtu dan Ahad menjadi hari yang paling melimpah cahaya. Secerah lampu neon. Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu .  Pelangi  :)


Terima kasih, Ya Allah. Bahagia walau seketika. 






*NoteThat ; This is Sekadar Nukilan.*





Labels: