follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
couple dan zina mata


Assalamualaikum , anda anda semua. Salam Maulidur Rasul !

Semalam aku menghabiskan malam yang sejuk dengan baca buku Anda bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa . Disebabkan mata tak boleh tidur, sampai larut malam membacanya. Tapi memang berguna ilmu-2 yang tercatat dalam ni . Seronok pula dan nak share dengan korang apa yang aku rasa menarik dan sepatutnya semua orang take caution. (mungkin ada yang dah pernah baca, tapi apa salahnya aku share juga untuk yang belum pernah baca)

Here, the questions ; Ustaz, apa hukum saya pergi menemankan pasangan 'couple' berjumpa? Saya sudah beritahu kawan bahawa 'couple' adalah haram namun dia mahukan dalil yang sahih mengatakan 'couple' itu haram. Apakah pula yang dimaksudkan dengan ziana mata?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus pula ;

Hukum berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram adalah haram menurut ijmak ulama. Perbuatan ini juga haram kepada mereka yang sudah bertunang kerana hadis Rasullullah yang direkodkan Bukhari bermaksud : "Jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh mahramnya." 

Dalam hadis direkodkan Muslim : "Tiada harus masuk seorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya."

Imam Nawawi menjelaskan , Daripada hadis ini diharamkan berduaan dengan wanita bukan mahram sama ada di rumah wanita itu ataupun di mana-2 tempat dan sama ada ketika sembahyang ataupun lainnya.

Jelas daripada dalil-2 ini, berasangan tanpa nikah itu adalah haram dalam Islam. Couple adalah budaya Yahudi dan Nasrani , mula diterima oleh orang Islam yang jahil dengan hukum-2 agama.

Zina mata bermaksud melihat perkara-2 yang haram di sisi syarak seperti melihat lelaki akan perempuan yang bukan mahramnya seperti pasangan-2 yang sedang bercinta sekarang ini.

(Rujukan Kitab Syarah Asqollani 'ala al-Bukhari, Syarah Muslim)

....

Tiba-2 aku teringat ceramah yang pernah disampaikan oleh Dr Fadzillah Kamsah. Katanya , " Tiada ketaatan dalam kemaksiatan. " Jadi, seelok-eloknya jika kita ada kawan yang bercouple, kalau merubah melalui nasihat(lidah) tak berjaya, jalan terakhirnya ialah melalui hati iaitu cukuplah dengan kita menjauhi tempat maksiat. Yakni, tak payah susah-2 nak jadi pak sanggup pergi teman depa tu nak berdating.

Mudah-mudahan apa yang aku share akan meninggalkan kesan kepada sesiapa yang membaca. Tiada sesiapa yang boleh mengubah diri kita kalau kita sendiri enggan mengubah diri sendiri. Ingat, mati makin hampir! Hidup bukan untuk selamanya. Yakinlah, jodoh semua orang Allah dah tetapkan. InsyaAllah, sampai masa yang tepat nanti kita akan melaluinya juga (dengan jalan yang diredhai Allah).