follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts
Antara ego dan serik.
People used to say ; Picture tells you more than word.
As for me, word is something. Face reactions is everything.

Masa yang terluang buat aku habiskan banyak masa untuk berfikir. Dalam erti kata lain, Dreaming! haha day dream. Berangan tak sudah. hm

Back to reality....
.
.
.
.
Ego atau serik? 

Bila kemaafan dipinta, selalunya pengampunan sering dilontarkan.

Contoh situasi ;

A : Aku minta maaf, kawan.
B : Aku dah lama maafkan.

Tapi...tanpa penerimaan situasi tak akan kembali seperti biasa.
Di situ jurang semakin melebar. Senyuman makin menipis. Ketawa makin tidak kedengaran. Air mata jatuh berjuraian.

Manusia memang begini. Mudah menghukum hanya dengan satu kesalahan. Ketegangan yang diselesaikan hanya di mulut. Lisan terlerai, namun hati masih tersimpul mati. Perasaan benci yang tak mudah terlerai. Huhh manusia, manusia. Aku lah tu !

Tapi, Allah Maha Agung. Dia saja yang mampu terima hamba-Nya meskipun hina, meskipun terkutuk! Penuh dengan dosa! 

Sedangkan nabi ampunkan umat, biasa sungguh dituturkan ayat ni. Untuk dibalingkan kepada orang lain sebagai nasihat...memang mudah. Namun bila diri sendiri yang terima dugaan, sama aja keras hati, keras kepala! 

Kadang-2 akal ni terfikir ; Kenapa agaknya manusia gagal nak mencontohi 99 sifat Allah, Pencipta mereka sendiri? Kenapa aku sendiri tak boleh nak berubah?

Ego atau serik? 

Bila ego, masing-masing mahu menunjukkan ketinggian diri. Konon siapa yang harus tunduk pada siapa. Si kaya dengan harta segunungnya! Si miskin dengan prinsip mempertahankan maruahnya! Dua-dua takde beza. Sama-sama sombong, angkuh...

Walakin, jika seriklah yang menjadi asbabnya. Maka manusia mungkin belajar daripada kesilapan. Berhati-hati dan berfikir panjang sebelum bertindak. Tetapi serik tak semestinya bererti meletakkan jarak. Menidakkan apa yang sepatutnya terjalin. 

Jarak ibarat pisau tajam yang membelahkan ukhuwah yang sedia ada ,

Meretakkan permukaan yang terturap rapi ,

Mengeruhkan langit yang cantik membiru ,

Memendungkan air yang jernih bak kabus awan di udara .

Perpisahan harus terjadi.

Kullu nafsin za iqotul maut. Setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi mati !

Perhitungan kematian bermula sejak manusia itu pertama kali dilahirkan . Semakin hari semakin kita dekat pada mati.

Bila bau tanah semerbak mendekati diri, memanggil-manggil agar kita dipembaringannya.

Tangisan yang sia-sia. Hidup sudah dibazirkan!

Hidup hanya sekali. Belajarlah memaafkan dan menerima kesalahan. Let byones be bygones.

Peringatan untuk diri sendiri yang hatinya keras bagai batu juga. 
Allah, maafkan aku. Lembutkan hatinya.

Sekian. Selamat malam :)