follow | dash







♥ Fatin Nabila ♥
The Admin :)


Assalamualaikum & hello everyone. I'm Nabila. This is a piece of my life story. Do leave your footprints & do visit again. Love you guys!




Tagboard
Leave Your Footprints Here !



CLICK FOR CBOX
Credits
Big Claps



© 2013 Template by Farahdini Original Blogskin from Syuhada Best Views by Google chrome . Tell Me if i don't credit you.

Older Post | Newer Posts

ALLAHUAKBAR.

sesungguhnya aku hamba yang lemah. manusia memang mudah goyah dengan ujian dan godaan syaitan. menjadikan kisah hidup sebagai tauladan, kalau tak mampu menasihati orang lain, cukuplah untuk diri sendiri. mengelak daripada menjadi hamba yang dimurkai Allah.

saya agak kesal dengar cerita seorang sahabat , yang sangat baik dengan saya. memang suka sangat dengan dia. kawan dengan dia macam tade hal, sentiasa happening.

tapi kesian jugak bila dia dipandang rendah kerana tidak menutup aurat dengan sempurna. 
ASTARGFIRRULLAH.

DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVER.

saya petik sedikit hadis nabi berkaitan tuntutan menutup aurat :

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

Wahai orang yang beragama, memang anda bijak dan pandai soal agama, tapi patutkah anda memberi perbandingan antara wanita yang bertudung dan tidak bertudung? Satu point saja yang saya nak tekankan, memang lah tak menutup aurat tu salah , berdosa besar. tapi bukankah sebagai orang yang bijaksana soal agama , anda patut menasihati dengan cara yang berhemah? bukan sebaliknya seperti yang awak lakukan, awak membanding-bandingkan mereka seolah-olah wanita yang tak bertudung tu terlalu jahat dan tiada tempat di dunia ni.... *
hmm , tak kurang sama lah awak dengan orang yang awak anggap hina tu ==

Setiap manusia perlu diberi peluang untuk berubah. Dan berubah tu pula mestilah perlukan proses. Saya dulu pun macam tuu. Ingat lagi masa zaman saya jahil, tapi saya solat, walaupun kadang-2 tak cukup. yaa, tapi Alhamdulillah, bila satu hari Allah suluhkan sinar kesedaran, saya mula pakai tudung, dan mula berubah dengan pakaian, tapi belum sempurna sepenuhnya, saya mengaku.

Jadi, tak salah kodd kalau nasihatkan baik-2, plus jangan berlagak macam diri sendiri dah perfect . Cuba awak fikir, nak ke awak dengar nasihat yang dibisikkan secara sinis ?
Saya sendiri geram dengan budak yang sesuka hati sembur tu, tapi macam mana ponn , niat dia baik . Nak membetulkan apa yang salah. Betullah tu , niat yang murni . cara je kurang betul :)

kepada sahabat saya, awak sangat baik. tu je yang awak perlu tahu. selebihnya, bergantung pada awak nak muhasabah diri. tentang nasihat pula, saya yakin awak boleh mendengar nasihat dengan baik. you deserve to be yourself, berubah untuk kebaikan dunia dan akhirat pun tak salah kan? jadi jangan risau, Allah sentiasa ada untuk judge. Lain orang , lain pendapat. 

sebagai seorang hamba yang pernah melalui fasa tersebut, saya pun pernah rasa keperitan dan ketajaman kata-2 sebegitu sewaktu saya tak pakai tudung dulu. tapi alhamdulillah , saya berubah. tapi orang yang kutuk saya tu apa jadi? mereka tetap dengan sifat yang suka mengumpat dan memburukkan orang lain. 

SAMA-SAMA KITA MUHASABAH DIRI ;D

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

Allah SWT  berfirman ;
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan(kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."
(An-Nur : 31)




“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat,
setiap kali mereka keluar,
syaitan akan memperhatikannya.”


sama-2 lah kita fikirkan ya.
yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.
sekian, Assalamualaikum.